The Legend Is Back

Friday 25 August 2017

Keputusan undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UEFA Champions League) musim 2017/2018


Terletak cantik di Group E bersama penghancur hati Sevilla, kelab nun jauh di Russia, Spartak Moscow dan kelab yang nama aku tak pernah dengar Maribor. Atas kertas memang nampak mudah untuk layak ke pusingan seterusnya. Tapi ini Liverpool. Dan mana-mana penyokong Liverpool tahu benda ni : Liverpool lemah berhadapan kelab lemah dan power bila lawan kelab hebat.

Final UCL 2005 yang dirindukan

Apa pun sebagai penyokong kita haruslah believe. Setelah penampilan hambar 3 musim lepas dan langsung tak tampil 2 musim berlalu, bekas juara Eropah 5 kali akan kembali. Take a bow you little English club,coz European nights in Anfield is back.


Doa banyak-banyak sikit Abam Sadio Mane si hitam manis.

Jangan hampakan kami lagi sayang-sayangku. You'll never walk alone.

p/s : Kelab Spain favourite, Atletico Madrid dapat group yang tough pulak. Ada Chelsea dan Roma. Imagine lawan Liverpool di final. Pergh..dream fixture! 
Read More

Kinkakuji , Souvenir and Geisha Hunting - Part 11 - Kansai Trip

Thursday 10 August 2017

Assalamualaikum semua! Ayuh kita sambung cerita Jepun yang dah terperap dalam draf. Dapat jugak habiskan walaupun internet slownya lahai.

Seperti yang dirancang, marilah kita ke Golden Pavillion ataupun dipanggil Kinkakuji  . Nak ke sana, kitorang naik direct bus nombor 101 dari Kyoto Station. Bas nombor 205 pun boleh. Boleh bayar tambang bas pakai Kansai Thru Pass. Kansai Thru Pass ni unlimited. So, naiklah sebanyak mana subway (kecuali JR dan bullet train) dan bas (kecuali bas ekspres). Perjalanan ke Kinkakuji ambil masa around 40 minit dan jangan risau sebab ada display nama bus stop dekat depan driver.

 Image credit : HERE

Naik bas dari Kyoto Station adalah option paling mudah nak ke sana. Kalau ikut google maps atau tripadvisor, macam-macam cara diorang suggest tapi tak payahlah nak pening kepala. Hanya ingat tips ni, beratur bila nak naik bas, naik dari pintu belakang dan swipe kad/bayar exact fare masa nak keluar ikut pintu hadapan. Sama je macam di Kobe.

Dah sampai Kinkakuji, kita beli tiket masuk dulu berharga 400 yen. Tak banyak yang boleh dibuat kat sini selain bergambar dan menikmati betapa cantiknya senibina Jepun. Tapi tempat ni memang ramai manusia. Tabahlah nak cari port terbaik. Barbaloi? OK je bagi aku.


Budak bijak, ada spek hitam tak pakai.

Dah puas posing dan lepak-lepak dalam ni jamu mata, kita nak ke Gion District dan nak beli souvenir. Dekat luar Kinkakuji ni banyak je kedai jual souvenir. Harga takdelah mahal sangat. Aku agak menyesal tak beli kat sini. Tau sebab apa menyesal? Haha, baca sampai habis. Macam cerita Ultraman jugaklah, tanpa dijangka raksasa muncul!

Untuk ke Gion, kitorang naik bas. Sebelum tu kitorang singgah Kyoto Imperial Palace Park untuk picnic dan lunch. Aku lupa ambil gambar. Park ni mengelilingi Kyoto Imperial Palace. Tapi kitorang lepak luar je tak masuk ke dalam lagi walaupun free. Haha, malas nak jalan, lagipun tak masuk iti. Aku lupa nama bus stop kitorang berhenti tu. Actually main redah je sebab Kansai Thru Pass unlimited, so belasah je turun naik bas. Tahu tempat ni pun dari staf kat Tourist Centre. Memang truly unplanned.

Pengalaman kelakar kat sini masa nak ambil gambar sandar kat dinding Kyoto Imperial Palace tetibe alarm bunyi. Kuat giler. Mujurlah kami-kami je time tu. Memang cuak. Takut gak aku tetibe polis ke pengawal ke datang tangkap kata aku nak ceroboh istana. Lepas tu dengar announcement dilarang bersandar dalam bahasa Inggeris dan behasa Jepun. Tapi takde apa-apa pun.

Dah terencat sebab bunyi alarm, kitorang pun packed up, dan gerak ke Gion. Pengalaman kat Jepun ni, nak cari tong sampah Allahu susahnya. Tapi takde pulak sampah bersepah. Orang Jepun sampah bawak balik rumah kot. Patutlah beg diorang besar-besar. Haha.

Nak ke Gion boleh naik bas no.12 atau 59 yang menghala ke Shijokawaramachi. Berhenti dekat Kyoto Marui Store. Kat sini ada Prayer Room. Better solat dulu sebab kalau dah merayap dalam area Gion ni entah dah ke mana-mana korang pergi. Apa pun, tu pilihan masing-masing. Sekadar beri idea.


Dari jauh dah boleh nampak Kyoto Marui Store. Nampak je tekanlah loceng dan korang dah sampai ke area Kyoto yang sibuk dan penuh dengan manusia. Time ni bolehlah bukak jaket sebab dah tak sejuk. Normallah tu bila ramai orang.

Misi kami selain mencari geisha adalah membeli souvenir. ND cakap dia ada baca kat FB tentang satu kedai yang jual souvenir murah-murah. We olls pun dengan penuh semangat mencari kedai berpandukan apa yang ditulis dalam post FB yang dia baca tu. Sayangnya, tak semudah itu mencari arah berpandukan post pendek dalam FB. Aku dah start naik angin. Kaki dah penat, keluar masuk lorong tak jumpa pun kedai souvenir yang disebut. Kedai makan dan kedai jual barang branded banyaklah.

Yang lain diam je tengok drama aku ngan ND. Aku kenal ND bukan setahun dua ye, dari sekolah menengah lagi. Gaduh tu memang tak pernah, merajuk manja tu adalah. Tapi masing-masing cam dah penat dan takde mood. Aku dah membebel, menyesal tak beli kat depan Kinkakuji lah, apa lah. ND pun give up dan ikut je cadangan aku nak patah balik. Nak patah balik kena cari bus stop. Ah..stress. Nak naik kat mana? Sel-sel otak terus tak berhubung sebab benda ni takde dalam plan.

Dalam pada hati mengerekot sambil cari bus stop yang ada bas ke Kinkakuji, tiba-tiba aku rasa nak try usha satu lorong ni...Pelik jugak kenapa tak masuk lorong ni dari tadi.


Jalan punya jalan kitorang nampak..

Inilah dia..kedai souvenir murah telah dijumpai!



Mana nak cari kedai yang best ni? Ha, teruskan baca untuk cari kedai souvenir murah di Osaka

Kedai tu terletak di lorong yang ada signboard ni

If naik bas, turun betul-betul di bus stop 'Shijo-Kawaramachi', sebelum sampai Kyoto Marui Store. Turun je terus nampak lorong yang ada kedai auntie tu.

Senarai bas yang lalu dan berhenti di bus stop 'Shijo-Kawaramachi'.

Once dah sampai kedai, mood masing-masing semua kembali ceria. Dasar perempuan, dapat shopping terus elok. Haha. Bagi aku harga di kedai ni berpatutan. Auntie dan uncle yang jaga kedai ni pun peramah dan boleh bagi diskaun, tu pun kalau korang pandai tawar-menawarlah. Aku bab ni memang fail. Souvenir yang famous orang selalu beli adalah T-shirt, keychain, fridge magnet, kimono, pedang mainan, chopstick, kipas dan cermin muka. Cam biasa, jangan convert kalau tak perasaan kedekut akan mula menguasai diri. Lulzz.

Tanggungjawab kepada keluarga - Done!

Dah dapat souvenir, masing-masing dah happy dan mood kembali ceria, marilah kita mencari sang Geisha, ikon utama di Gion. Ramai yang confuse bila datang area Gion ni, sebab akan jumpa ramai awek Jepun berkimono. Sesetengah tu bukan Jepun pun, tapi Korea takpun Filipina! Rupa je sama. So, jangan main tembak je nampak awek pakai kimono terus assume tu 'Geisha'.

First thing first..apakah itu Geisha? Kalau ikut apa yang aku baca dan apa yang aku tengok kat filem, Geisha ni seorang 'entertainer' yang ditugaskan untuk menghiburkan kaum lelaki. Seorang geisha dilatih supaya boleh menari, bermain alat muzik dan mahir melayan tetamu. Geisha bukan pelacur mahupun GRO, hanya boleh dipandang, tak boleh diusik. Jauh di sudut hati aku seorang wanita, rasa kesian pun ada, tapi entahlah, dah itu jalan dan pekerjaan yang dipilih. Aku tak rasa di zaman moden ni masih ada yang dipaksa.

Kalau ikut filem 'Memoirs of a Geisha' , camnilah rupanya

Anyway, geisha biasanya bersolek putih melepak dan berkimono lengkap. Ramai cakap, waktu terbaik nak tengok geisha adalah petang menjelang senja, sebab waktu tu geisha akan keluar ke tempat kerja. Tapi diorang tak suka diganggu, so kita akan dianggap kurang ajar kalau kita ajak diorang bergambar sekali, apatah lagi tegur. So, kita hormat jelah adat tempat orang ye tak.

Sebenarnya kitorang ada terserempak dengan geisha, tapi tu pun lepas dia lalu baru kitorang sedar. Nampak seorang Geisha (kitorang syak je) jalan laju-laju walaupun berterompah dan pakai kimono. Pastu dua tiga langkah belakang dia ada sorang lagi wanita lebih berusia, mungkin 'mentor' atau 'Maiko' yang ikut. Muka diorang serius je, pastu jalan menonong tak toleh kiri kanan.

Terserempak dengan Geisha masa dok melepak di tepi jalan ni

So kira tercapai lah wishlist kat Gion. Trust me, kalau Geisha lalu, korang akan cam. Perwatakan dia lain dari yang lain. Kalau nampak awek pakai kimono jalan ramai-ramai bersiar-siar pegang kipas gelak hihihi sambil tangkap gambar, tu bukan geisha, tapi tourist sama cam korang gak.

Kita jalan-jalan area Pontocho pulak.



 Ramai orang lepak kat area ni. Mostly local. So, kita tumpang sekaki lepak sambil makan bekalan. Kau ingat Aliff Syukri je makan tepi jalan, aku makan tepi sungai, lagi best.

 Still..sungai ni bersih gila! Respect betul aku. Takde bau busuk pun. Kat KL tengok orang ada selera tak makan tepi Sungai Ampang.


As for me, aku suka gila area Gion ni. Sebab ia sebuah kawasan kecik yang masih ada kedai-kedai tradisional, ada kawasan geisha, di tengah-tengah kesibukan bandar Kyoto. Sangat unik dan menarik.

Dah dapat souvenir, dah nampak geisha, maka marilah kita balik. Perut pun dah berkeroncong lapar.

Part 10
Part 9
Read More