Tuesday, 25 July 2017

Quick entry before I go missing again

Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah, segalanya dah selesai. Majlis perkahwinan adik aku berjalan lancar. Memang hectic. Majlis belah perempuan dan lelaki dibuat berturut-turut. But well, bak kata Mak, "at least kita penat, penat sekali je".

Sebagai seorang kakak yang berjiwa sensitif, memang agak sedih nak let go satu-satunya adik lelaki yang aku ada. Tapi sekurangnya aku tahu sekarang dah ada orang jagakan dia. Jaga makan-pakai dia, tenangkan emosi dia dan ada dengan dia bila susah senang. As for me, menghadap soalan "Kakaknya bila pulak" takdelah susah mana nak dijawab. Yang letih adalah soalan "Kenapa makin kurus?". Dehel makcik, takkan nak cakap saya hisap dadah pulak. Dah kurus tu kurus jelah.

Yang pasti : Tak cukup tidur + Wearing makeup all day + Tak jaga makan (too much chicken, oily food and sugar) + cuaca panas = kulit muka yang disaster. Nak nangis tengok muka sendiri dalam cermin. Dahlah memang dah buruk, lagi buruk jadinya. Huwaaaaaaaa.....

Tapi tak apalah, biarlah kulit terkorban asalkan majlis berjalan seperti yang dirancang walaupun ada sedikit kurang sini dan sana. Kalau tanya aku nanti nak buat cmane, biarlah seringkas mungkin dan tak menyusahkan mak bapak dan adik-beradik. Bukan muda lagi umur 20-an nak buat majlis gilang-gemilang siap sanding bagai. Nikah saja dah cukup. Malu ahh. Oh ye, orang tua memang suka kan guna ayat keji buat kau rasa guilty iaitu "Kahwin lah cepat sementara aku masih larat ni". Defishhh

Quick entry before I go missing again? Oi nak hilang ke mana pulak? Mak abah aku ni beriya nak ajak gi holiday. Ikutkan aku memang malas. Gi holiday ni kadang-kadang bukan makin hilang penat, tambah lagi adalah. Aku memang OK je, yang kesian adik-beradik aku yang dok mengheret anak dan mak ayah aku yang badan pun still lemau lagi. Tapi tulah, permintaan orang tua ni kau layankan jelah. Kang menyesal kemudian hari.

Gambar takde sebab kau taulah bila ramai guna wi-fi, internet slow nokharom. Loading gambar nak watermark pun takes time.

OKlah, aku nak gi packing ni. Balik holiday kita sembang lagi ye. Oh just in case korang nak tau, pengantin tak ikut, diorang gi honeymoon tempat lain.. K bye. Thanks for reading.

39 comments:

  1. Selamat menerima sister in law dan happy holidaylah ya... ;-)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah terima satu2 nya adik ipar perempuan .. syukur.. okla ada la yg akan jaga adik tu.. hehehe :D

    ReplyDelete
  3. ke mana tu cik sal kita ni...berholiday dgn family ye..enjoy ur holiday

    ReplyDelete
  4. lps ni ada la geng..dpat adik ipar baru hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik ipar pemalu, kakak ipar rock.payah gak ni

      Delete
  5. tahniah utk adik lelaki ciksal tuu.,

    ps. kawen tu sonok tau ciksal., tapi

    ReplyDelete
  6. missing ke mana plak nii..destination plz

    ReplyDelete
  7. Tahniah untuk adik awak...=)

    Dont worry bila sampai waktunya kahwin jugak...perancanganNya inshaAllah yang terbaik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah worry pun, nape makin kurus yang tak tahu nak jawab cmane..haha.thanks nini

      Delete
  8. Tidor mesti diutamakan...tak cukup nanti mengundang penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak cukup tidur sekarang ni demam..huhu

      Delete
  9. Saya akan melayan permintaan orang tua...kasihan mak ayah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..layan sahaja seperti mana diorang selalu layan permintaan kita dahulu.

      Delete
  10. tulis le entry tentang kahwin adik tu...

    ReplyDelete
  11. waiting for your entry ke mana bercuti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah, akan tulis entry secepat mungkin sebaik sahaja selesai kemas-mengemas ni selesai ye..

      Delete
  12. Happy holiday Sal. Tahniah dapat adik ipar

    ReplyDelete
  13. MIA manaaaa tu Kak Sal hehe.. holiday ngan pokcik mokcik.. wallah.. come back faster kawan2 rindu dah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu u olls jugak..like seriously

      Delete
  14. alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

    ReplyDelete
  15. semoga dipermudahkan segala urusan sal

    ReplyDelete
  16. semoga pergi dan balik dari holiday selamat semuanya....enjoy your holiday

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, balik dah. thanks for the doa

      Delete
  17. Hihi....kelakolah ko Sal. Ye tak ye jugak ek, takkan hisap dadah kot haha...
    Tapi bukan ke anak dara mmg suka kalau orang tegur kurus...lagi kurus lagi bangga gitu, macam model walaupun ko tak berapa cukup tinggi macam hakak jugak kikikiki....

    Oklah ... balik holiday nanti jangan buat buat lupa pulak berentri noh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..x suka sebab cara tanya macam kita ni tak sihat lah, makan hatilah..padahal dah memang kurus. nak buat cmane

      Delete
  18. selagi boleh berJJCM...jalannnnnnnn ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalanlah tengok bumi Allah selagi diberi kesempatan

      Delete
  19. alhamdulillah...selesai sudah majlisnya, ada yang terkurang sana sini tu biasalah. aah buat ringkas2 pun ok je akak dulu buat majlis nikah je kat rumah, maklumlah mak ayah dah tak de..haaa ciksal yang masih ada mak ayah jaga baik2 orang tua ye, itu dah ajak gi holiday pergi je seronok dapat jalan2 walaupun penat mesti dapat sekali...hehehe pergi jalan mana tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..besar jugak majlis adik saya. tu yang mampu jalan dekat je. kl-melaka takdelah penat sangat

      Delete
  20. ni kalau buat summary ni - mmg markah penuh beb.

    ringkas dan padat penulisannya.

    hihihi

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah ... selesai sudah majlis.

    boleh lah cik sal dan mak berehat ye.

    ReplyDelete
  22. ke mana bercuti tu ...



    jom sal g cameron ... hahaha sungguh bercirikan tiba2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm, hang memang tiba-tiba je kan..nanti dulu huda, bulan ni n bulan depan sibuk.

      Delete
  23. Tahniah untuk adik Sal..
    Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com