My Raya Story

Friday 7 July 2017

Assalamualaikum semua! Allahu..dah separuh Syawal baru nak share cerita raya! Apa nak jadilah kau ni Sal. Haha. Ah, basi tak basi pun ayuh layan..

1 Syawal

Dengar je azan Subuh aku dah bangun. Biasalah, nak berebut bilik air kan. Lepas mandi dan solat Subuh, gi jengah dapur tengok apa ada. Saka dah bebas, memanglah lapar memanjang. Haha. Sambil mengunyah ketupat dok ulang-alik ke depan mengejut adik-adik dan anak saudara. Mujurlah rumah setingkat, kalau dua tak ke habis kalori turun naik tangga.

Macam yang aku cerita dalam entry ni, rumah aku tahun ni memang meriah. Abang aku yang sulung je tak dapat balik. Kalau tak, cukup 6 beradik. Sebelum gi solat raya, kita sarap dulu.


Selain dari menu wajib ketupat, kuah lodeh, ayam goreng, nasi jagung dan rendang daging, tahun ni ada penambahan iaitu ketupat palas versi Pantai Timur dan rendang ayam tua. Kalau diberi pilihan, memang aku kureng sikit bab ketupat palas ni. Tang nak kukus pulut, nak masak santan dan paling leech bagi aku adalah nak isi pulut dalam kelongsong sebab melekit. Pastu kalau tak pandai tarik, nanti pulut terkeluar time masak. Biarlah aku anyam ketupat daun kelapa, isi beras pastu rebus. Takat 30 biji buat sorang pun aku sanggup lagi. Cmane nak kahwin orang utara or pantai timur ni? Hahaha.

Lepas breakfast, kami bergerak ke surau untuk solat Raya. Tahun ni hujan turun mencurah-curah di pagi Syawal. Alhamdulillah..hujan kan rahmat. Tapi dah hujan, kitorang tak bawak la anak-anak sedara kecik. Kang mana nak pegang payung, mana nak pegang diorang lagi. So, bye anak-anak. Duduklah rumah tengok Upin Ipin.

Habis sembahyang raya, kita balik rumah terus. Cuma yang lelaki singgah rumah seorang Haji ni. Dia memang tiap-tiap tahun buat tahlil lepas sembahyang raya.

Aktiviti wajib raya, bersalam-salaman dan memohon keampunan. Pastu tangkap gambar dan rekod video untuk Along aku yang jauh di perantauan. Pastu kita makan lagi. Hahaha.

Versi DSLR

Versi monopod. Nape aku rasa gigi aku dalam gambar ni buruk giler. Adeh!

Lepas makan, terima tetamu pertama iaitu abang kepada abang ipar aku. Diorang tak dapat balik kampung sebab kak longnya kerja. Memang meriah sebab diorang ni anak-anak kecik ramai. Tengahari tu kitorang pulak gi beraya rumah seorang jiran rapat ni. Dia ni lagi kesian, wife tak sihat baru keluar hospital masalah paru-paru dan darah rendah. So bawaklah ketupat rendang dan kuih raya kami yang tak seberapa tu sebab tau kakak tu memang tak larat nak masak.

Petang tu acara kemuncak. Jeng jeng jeng!

Takdelah acara apa sangat, tapi bakal keluarga mertua adik aku datang. Nasiblah adik aku kena usik dengan abang kakak aku dan anak-anak sedara. Haha.

Lepas diorang balik tu, so apa lagi kak Sal kau pun ke dapur memulakan operasi mengemas. Bab mengemas ni memang aku juara sebab jenis yang kalau dah start tu takkan berhenti selagi tak siap. Bila dah penat gi ngintai luar tengok diorang dok buat photoshoot. Memula aku malas nak join sebab muka dah hauk, mekap pun dah cair. Tapi dok tengok adik aku pegang DSLR layan lah pulak. Eh, nak gak sekeping!

 Baju raya aku simple je u olls. Aku tak beli baju baru sebab entahlah, takde mood. Baju kurung ni pun dah berbelas kali aku pakai gi kerja

Malam tu kakak dan abang aku bergerak balik ke rumah mertua pulak. Tinggallah aku dengan parents dan adik dua orang. Badan dah letih, lepak tengok TV jelah. Aku dok layan drama raya kat TV9, 'Dodol Untuk Menantu'. Hero dia hakak taste betul sebab muka Hindustan. Jangan marah ha..

Kelakar jugak drama ni aku rasa. 

Tetibe dapat wasap dari sorang rakan blogger. Katanya nak datang beraya esoknya. Wah, kebetulan dia pun TeamRayaKL macam aku so tak tau nak pergi mana. Kecik tapak tangan, Stadium Bukit Jalil baru renovate aku tadahkan.

Nak tau sape dia? Tunggu entry seterusnya na..Till then, thanks for reading. Terhibur tak? Ke hambar? Kah kah.

48 comments

  1. Harap tak lambat nak wish Selamat Hari Raya Eidilfitri. :D

    ReplyDelete
  2. Wahh! Meriahnya sambutan raya Sal. Cantik gadis berkurung purple tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..terima kasih.baju kurung biasa je.

      Delete
  3. Janji masih syawal ciksal, kita belasah je citer syawal sampai syawal terakhir ahahaha...takde hambarnya akk baca sampai noktah terakhir.

    Meriah raya walaupun kat kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan.kalau dah raya haji pun kita rasa nak tulis cerita syawal, layan jelah ye..

      Delete
  4. Terhibur. Dekat ending tu paling win. Nak tadah tetamu dengan Stadium Bukit Jalil ya. Siap renovate lagi. Wahaha. Selamat Hari Raya Aidilfitri Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan stadium shah alam je yang mampu..hihi

      Delete
  5. SALAM LEBARAN SAL APAPUN JANJI HAPPY BERAYA BERSAMA KELUARGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, asalkan dengan orang kita sayang, tak payah mewah pun bahagia

      Delete
  6. tanjat kita, nasib baca smpi habis..bakal mertua adik rupanya ..hehhe..tggu ns minyak Sal je ni hahaa #janganmara 0-0

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..nasib baik yang menulisnya pun tak typo ye.haha

      Delete
  7. bila sal ckp melawat jiran sakit paru2 teringat kat arwah mak, arwah pun sakit yg sama..sob sobb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..sakit ni bahaya sebab kita guna paru-paru untuk bernafas kan. kalau kena jangkitan susah nak baik. tolong doa jiran Sal sembuh ye..

      Delete
  8. gambar kedua paling kanan...muka serius hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..family saya memang macam tu kalau suruh bergambar. ada je gaya. duckface la, dabbing la, muka seriuslah..tu anak sedara. biasalah remaja.

      Delete
  9. Raya kalau tak ada ketupat pulut memang tak raya lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi kitorang ketupat pulut tak wajib, tapi ketupat daun kelapa tu mesti ada. nasib baik semua adik-beradik boleh menganyam

      Delete
  10. amboi gambar raya dia...sanggup ha tinggal pingan mangkuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, pinggan mangkuk kalau dilayan memang tak siap-siap. so baik tinggalkan kejap.

      Delete
  11. ok dah tau siapa blogger yang nak datang rumah tu

    ReplyDelete
  12. Syoknya raya Sal..selamat hari raya maaf zahir batin ya

    ReplyDelete
  13. Salam aidilfitri. Kita sama #gengrayaKL

    ReplyDelete
  14. selamat hariraya ciksal., ;p

    ReplyDelete
  15. Selamat hari raya aidilfitri, Sal
    Maaf zahir & batin..

    Meriah nampaknya tu...

    ReplyDelete
  16. Siapa dia blogger yg nak datang tu. Datang ke dia. Berapa orang. Lelaki atau pompuan.

    Bila ada soalan saya tanya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah akan jawab dalam entry seterusnya..

      Delete
  17. selamat hari raya.... wahhh ~~ banyaknya makanan... meriah betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubaan menggemukkan badan yang gagal...haha

      Delete
  18. wah ~ blogger #teamrayakl datang ? siapakahhhh ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm..ni memang tak tau ke pura-pura tak tau? musykil haiih

      Delete
  19. saya pun pagi syawal kalut bangun awal. lepas makan sikit terus pi surau.. nnti berebut mikrofon plak dengan pak imam nak takbir raya,... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.berebut dengan imam. dahsyat awak.

      Delete
  20. Cantik gambo Raya hang Sal...semua sporting termasuk abah Aji hihi.....
    Teringin pulak nak makan ketupat palas, kat mana nak cari ek? Lieya Latiff katanya beli on line mcm menarik pulak...

    Tak sangka dahlah rajin memasak rajin pulak mengemas....mmg bakal menantu harapan ni!
    Gambo sorang tu mmg win....aksi tu kalah Wani tau haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wani mana lak ni mak? so..bila nak hantar rombongan?haha

      Delete
  21. Best ke Sal cerita tu? Hakak sekarang ni tgh layan jugak drama Raya online. Hari tu tak sempat tengok weyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah layan mak jilap..kelakor. ok la, not bad

      Delete
  22. Sal oh sal ... meriahnya raya awak...

    iols is jeles nyer... hihihi...

    ReplyDelete
  23. bila nak raya bersama ni ... jom.

    errr nak ketupat juga plissss

    ReplyDelete
  24. Seronok ada adik/kakak rajin mengemas macam Sal.. Untung sapa buat menantu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut mak mertua marah, habis licin semua ditongsampahkan..haha

      Delete
  25. Selamat Hari raya sal...Maaf zahir batin 😁

    ReplyDelete
  26. Meriah raya Sal dan family. Kecur air liur tengok menu raya :)

    ReplyDelete
  27. meriah rumah...=)
    ok la tu ad bju rye..
    yaya ni xdak pon beli.xsempat.huuuu
    pkai la 2-3thun lepas nyer bju..nsib baik bju lawa..xdak la nmpk bju lama..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah yaya..ni baju pakai g keje, tapi sebab g keje jarang pakai baju kurung nampak lah cam baru..hihi

      Delete
  28. thn dpn ceq dgn jordan henderson akan jd #teamrayaKL ekekekekeke kita g jenjalan raya naaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpelah, aku nak teman lallana kat worldcup #teamrayarusia.

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah