Osakajo - Part 3 - Autumn in Kansai

Friday 30 December 2016

Assalamualaikum. OK, dapat gak aku free time sambung kisah Jepun. Tahulah aku ni kalau taip citer travel memang slow sebab nak kena recall. Padanlah muka, sape suruh hold lama-lama.

Hari kedua di Osaka, kami ke Osaka Castle (Osakajo) yang terletak berdekatan dengan stesen Tanimachi-4-chrome atau local panggil Tanimachi Yonchome. Memandangkan hari bekerja, kitorang keluar agak lewat, dalam pukul 8.30 pagi. Saja nak elak waktu puncak.

Motif gambar? Saja nak bagi korang menyampah

Walaupun ni dah dikira hari kedua, tapi kami masih teragak-agak jalan nak ke stesen Namba. Main redah je.

Semalam takde plak lalu jalan ni..

 Takde plak nampak statue ni

Tapi sampai jugak ke subway, so lantaklah. Dapat gak explore. *Alasan orang tak ingat jalan*

Nak dekat pukul 9 pun orang still ramai. Kitorang naik ladies' coach. Tapi ladies' coach ni time waktu puncak je, waktu lain dia jadi coach 2 alam.

One thing yang aku perasan dalam train adalah announcement stesen dibuat oleh pemandu train sendiri, melainkan dalam bahasa Inggeris. Aku expect negara maju macam Jepun ni akan guna recorded audio, tapi sebaliknya. 

Keluar je dari train, akan nampak signboard macam ni.

Senang jugak nak cari Osaka Castle. Lagipun, boleh nampak rombongan-rombongan lain, terutama budak sekolah.


 Ramai jugak manusia..


Dah nama pun istana kan, biasalah kat atas bukit. Osaka Castle ni diorang dah convert jadi muzium. So, bolehlah belajar sejarah Osaka, pasal perang dan cara hidup zaman Jepun dolu-dolu.

Dalam istana tak dibenarkan tangkap gambar. Masa kitorang nak masuk ni hujan dah start renyai-renyai.

Kitorang pakai Osaka Amazing Day Pass, so masuk free. Harga tiket 600 yen.

Hanya dari atas dibenarkan tangkap gambar.


 Posing kat luar jelah, dalam tak boleh amik gambar

Keluar dari castle, kitorang lepak makan bekal kat perkarangan istana. Gempak giler bunyi makan luar istana pffft! Kitorang bawak bekal sandwich tuna, tapi tekak still gatal nak cari makanan Jepun. Macam biasa, misi mencari halal food. Lama jugak aku interview penjual Takoyaki ni. Dapat yang boleh cakap Inggeris, senanglah kan. No alcohol, no meat, only octopus. Katanya.

Tak pernah seumur hidup aku makan Takoyaki pakai chopstick. Nasib tak tergolek ke tanah. Rasa?Sedap! Warna hitam tu bukan hangit, tapi dimasak dengan dakwat sotong kurita. Ni bukan makan sorang, tapi share berempat.

Sejuk-sejuk makan ais krim teh hijau!

Dah selesai makan, kitorang move on ke next destination. At first contemplating nak naik teksi or train since naik teksi tak sampai 15 minit. Tapi kemudian kitorang decide nak naik train since tak tau nak tunggu teksi kat mana. Takut tunggu on opposite direction. Lagipun, takdelah jauh sangat stesen Tanimachi-4-chrome. Jalan-jalan tengok pokok, tengok orang, tengok daun tak berapa nak kuning, tau-tau dah sampai stesen kitorang datang tadi. Kali ni tak sesat ye. Hihi.

So..ke mana lepas ni? Kitorang nak fefeeling Oshin!

Tunggu..

Part 2
Part 1

69 comments

  1. Dalam pada teragak-agak dapat juga destinasi yg dituju
    Makan bekal tu kalau kakak sejuk-sejuk 4 org banyak tu mana cukup Sal hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak merasa je kak...biasa takoyaki saya sorang je 3 ketul..haha

      Delete
  2. syg nyer x leh amik gmbr dlm istana...curi2 amik gmbr pun x leh ke?


    bertabah laa kalu lapo musim2 sejuk ni hahahaha (pandai je ckp org)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh, petugas ramai..perati je.

      masalahnya, tak sejuk pun lapo..kalau sejuk lagilah kan...haha

      Delete
  3. Teringat cite Oshin zaman mak kecik dulu dulu...Zaman Oshin kecik sampailah Oshin tua, best sangat! Dulu manalah banyak cerita mcm sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. next entry tengok saya plak jadi Oshin ye Mak..

      Delete
  4. bestnya jalan2 Jepun. Salah satu negara yg teringin nak pegi.

    ReplyDelete
  5. Simpan angan-angan ke Jepun dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula dengan angan-angan dulu, mana tau jadi kenyataan

      Delete
  6. Salam malam tahun baru 2017 Sal, mesti dah plan nk ke mana tahun 2017 ni kan, semoga suksess semuanya.

    ReplyDelete
  7. ko kn tag hahaha wpn mng

    aniesandyou.blogspot.my/2016/12/giveaway-planner-2017-by-papernplanner.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, nanti aku join walaupun seri...haha

      Delete
  8. Wah.. Best nya travel jauh2. Ct pun tingin taw. Insha Allah satu hari nanti..😁

    ReplyDelete
  9. teringat semasa saya buat latihan kerja di Jepun. Negaranya bersih, sopan santun dan menjaga kebudayaan.

    teringin lagi nak ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang unik negaranya..seronok lihat teknologi dan adab mereka

      Delete
  10. wahh., wak pon dh lama x gi osaka tuu,, tp bole la nk recall sikit2 ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..wak pernah pergi ye.tau tadi mintak tips dari wak

      Delete
  11. tag akak kat sini

    http://miamorzafirah.blogspot.my/2017/01/giveaway-planner-2017-by-papernplanner.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah akak join ye, tahun baru ni sibuk sikit

      Delete
  12. takoyaki bergolekk... kah kah kah.. ajak la partner sorang, boleh nyanyi lagu industan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..lagu sedih lah.boleh tahan mahal harganya.kalau convert lah

      Delete
  13. dakwat sotong kurita tu mesti sedap kan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau nak cakap rasa apa..macam payau gitu

      Delete
  14. Salam. Alamak bila baca entry trus rindu jepun. Kt x g isaka. Kt g tokyo je. Best n nice blog la awk

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak gi Tokyo..thanks for the support. Kembang kejap...hehe

      Delete
  15. assalamualaikum Sal...seronoknya dpt jenjalan ke luar negara ni...mama ni entahlah bila la dpt ke oversea...

    ReplyDelete
  16. waah..sal keOsaka juga. ky pun baru balik 15 dec lepas. tapi rasa nak pergi lagi. tak puas duduk sana 6 hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan kak yon..mesti masa akak pergi lagi sejuk berbanding time saya

      Delete
  17. nanti singgah balik baca dari mula

    ReplyDelete
  18. fefeeling Oshin?? gi pakai kimono?? huhu..jalan2 main redah tambah seronok jumpa macam2 benda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun jalan, memang redah je..tak sesat tak tourist lah namaya

      Delete
  19. hihihi... dah sambung rupanya kisah jepun...

    ReplyDelete
  20. apa ada dalam castle tu? baloi tak masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangat.unless memang minat sejarah.kalau takat nak tangkap gambar, kat luar pun boleh.dalam muzium ada pasal sejarah Osaka.tunjuk alat perang,dokumen lama..etc

      Delete
  21. rindu takoyaki...

    nyum nyum...

    sushi makan x

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cari yang halal kat malaysia pun susah..haha.kat jepun lagilah tak jumpa

      Delete
  22. Hehe. Mujur tak terbalik takoyaki tu :D

    ReplyDelete
  23. Alamak, citer jepun dah banyak parts! Satu pun akak tak baca lagi! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 3 part kak..hehe. tapi drama sebelum pergi ada 2 episod

      Delete
  24. Semangkuk takoyaki yg menggoda selera!

    ReplyDelete
  25. kalu zie pun tak reti mkn tako pakai copsetik, nak senang cocok je hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Jepun ni majoriti penjual makanan bagi chopstick. Sudu garpu kena bawak sendiri

      Delete
  26. Sekali sekala cik sal berselfie... he he he...

    ReplyDelete
  27. Cik sal... Nak mintak no phone! ha ha ha...

    ReplyDelete
  28. Mana cik sal tahu coach 2 alam? ntah2... tiga... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kalau kat jepun memang banyak alam..alam dan manusia pun ada.

      Delete
  29. tokoyaki tu just cucuk je pakai copstik... jangan kepit kang guling... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang pun.kalau guling ke tanah jadi lauk burung je.

      Delete
  30. Sedapnya takoyaki tu Sal. Teringin pulak tetiba. 😅

    ReplyDelete
  31. halamak rindunya nak ke Jepun lagi nampak Sal kat sana ..hehehe

    ReplyDelete
  32. Boleh tau tarikh awak pergi Jepun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X silap saya 27 oct sampai 2 nov 2016. Lebih kurang la

      Delete
  33. Macam mana nak beli Osaka Amazing Pass tu?

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah