Krabi Part 6

Sunday 23 October 2016


Assalamualaikum semua! Sebelum aku 'terbang' hujung bulan ni, aku nak cuba tamatkan entry Krabi. Bak kata Mummydearie, nak jadi travel blogger yang berjaya kenalah habiskan cerita-cerita yang terbengkalai tu. Haha.

Aku kat Krabi tak lama pun. 4 hari 3 malam je. Ikutkan tu pun dah lama, tapi since kitorang malas nak rushing, so travel pun slow and easy. Janji enjoy.

Pagi-pagi dalam kul 8.30 dah ada orang tour agency amik kitorang. Macam yang aku ada mention dulu, package ke laut ni boleh beli di Krabi sendiri or beli dari Malaysia. ND dah beli siap so tak payah fikir dah. Tapi kalau korang tak sempat and nak tengok option lagi banyak, harga pun boleh tawar-menawar, agency bersepah sepanjang jalan kat pekan Aonang ni.

Dari hotel ke pantai Aonang dekat je, tak sempat panas punggung dah sampai. We olls naik truck. Pengalaman baru, jakun kejap aku. Driver truck akan singgah amik orang lain jugak. Tourist macam kami.

Sebenarnya aku sangat teringin nak naik tuk tuk yang bagi aku adalah identiti unik Thailand. Tapi tak dapat. Aku anggap jelah truck ni tuk tuk version besar. Mana ntah gambar, kalau jumpa aku upload.. Haha.

Dah sampai pantai kena tunggu orang lagi, nak naik bot. Biasalah kan, mesti ada yang lambat. Berlindung kat statue ikan todak besar gilos kat pantai Aonang sambil tengok manusia berbondong-bondong naik bot.


Time aku ke Krabi ni memang musim panas kaw kaw punya. Tapi mat saleh steady je berjemur. Gila apa kau..tak takut kena heat stroke ke?

Bot dah sampai, kita naik lah. Ada family Melayu, ada Chinese, Caucasian. Destinasi pertama adalah Koh Tap, atau Tup Island.


Keistimewaan Koh Tap ni adalah laluan berpasir yang menghubungkan Tup Island ngan Chicken Island. Bila air surut laluan berpasir ni memang visible, tapi time kitorang lalu ni nak sampai ke pinggang gak lah air laut. Nasib baik bawak beg kalis air kaler oren tu. Gantung je kat leher dan jalan.

Jauh jugak jalan, and of course tak pakai selipar. Sakit kaki pijak pasir. Kalau korang tak tahan pakailah kasut getah yang orang pakai dalam air tu. Sambil wading tu, main-main air. Mana yang tak larat nak pergi to and fro, swimming je kat Tup Island tu, tak pun gi separuh dah patah balik. Kitorang sampai ke hujung dan patah balik tau. Kalau tak patah balik, confirm stranded, sebab bot kat Tup Island. Haha. Oh ye, nak lalu ni kena follow penghadang yang dibuat dari pelampung. Jangan terlebih sebab tepi-tepi tu laut.

Pengalaman unik yang berharga, sebab bukan selalu dapat rasa lalu tengah laut macam ni. Suatu tanda kekuasaan Allah s.w.t. Teringat kisah tongkat Nabi Musa membelah Laut Merah.


Aku amik gambar ni masa dalam bot. Dah macam pelarian dah masing-masing.

Naik balik bot, gi snorkeling plak! Tapi snorkeling takde gambar..haha. 

My honest review, snorkeling kat Krabi takde lah best sangat. Tapi maybe untuk pakej ' Four Island' ni je kot. Ada orang kata Phi Phi Island lagi best. Tanya aku, Sipadan or Redang still lagi banyak coral dan ikan-ikan cantik.


            
Koh Kai atau Chicken Island, bentuk macam ayam

Kemudian kami dibawa ke Poda Island untuk lunch dan picnic. Air kat sini sesuai untuk snorkeling dan swimming. Time ni aku dah malas nak amik gambar. Sama je macam pantai-pantai lain.

Tapi pantai yang last sekali kitorang dibawa iaitu Railay Beach memang cantik okay! Air dia somewhat hijau dan sini ada private hotel. Sayang betul masa aku kat sini separuh tu habis kat tandas je! Memang best mandi kat sini.

Pulau kat Krabi ni satu je aku menyampah, susah cari tandas. Kalau ada pun kena bayar 10 baht. Spesis aku ni tak reti membuang dalam laut, kena toilet gak baru nak keluar.






Pendapat peribadi aku, pulau-pulau kat Krabi memang cantik! Tapi cantik lagi Malaysia. Hehe.

Tour 4 Island ni kul 1 lebih habis dah. Kami pun dibawa naik bot laju balik ke Aonang, pantai mula-mula datang tadi. Lepas tu, we olls pun balik ke hotel naik trak. Sampai bilik, solat zohor dan rest kejap lah. Petang karang baru keluar balik.

So, malam terakhir di Krabi apa mau bikin. Jeng jeng jeng. Nanti aku sambung ye.

Thanks for reading. Doakan travel aku kali ni berjalan lancar ye.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Read More

Cara padam Caller Ringtone bagi pengguna Hotlink - Repost

Tuesday 18 October 2016

Hari ni Kak Sal kau nak share cara-cara untuk delete/ padam caller ringtone bagi pengguna Hotlink. Sejujurnya, aku rasa caller ringtone ni adalah taktik curi kredit paling hampeh. Mula-mula diorang kata free, so korang pun rasa best la sebab bila orang call korang nanti keluar lagu. Tapi tetiba kredit kau kena potong tiap-tiap bulan tanpa rela untuk renewal. Nasib tak baik sampai 6 hengget dipotongnya!

Disebabkan aku dah fed up, makanya aku pun google cara untuk padam caller ringtone ni. Cuba punya cuba, Alhamdulillah berjaya...Ikut step by step ye. So, bersabar sebab memang tricky.

1. Dail *131#
2. Pilih 5 Kendali CRT
3. Pilih 2 Padam CRT

Kalau nasib korang baik, caller ringtone korang akan terus dipadam. Tapi kalau tak, ni yang akan keluar.


Habis, yang potong tiap-bulan tu apa???Rileks, jangan baling dulu handphone ke dinding!

4. Klik kat link ni:  Music Unlimited
5. Klik 'log on'. Pop up window ni akan keluar. Isikan nombor handphone dan password korang. Takde akaun? Senang je, klik kat free sign up tu.



6. Isikan sahaja, jangan lupa 'accept terms and conditions'.
7. Password akan dihantar ke email/ handphone korang.
8. Log in pakai password yang diberi.
9. Tapi kalau keluar 'This Maxis/ Hotlink number already exist', nak buat apa?? Tetibe je dia kata nombor korang dah ada dalam sistem. Sape pulak pakai nombor aku ni!


10. Jangan panik, sebab takkan ada dua orang yang pakai nombor handphone yang sama pada masa yang sama. Bukak balik log in dan klik 'forget password'. Password akan dihantar ke handphone korang. Mungkin korang ada register suatu masa dahulu tapi korang dah lupa. Macam aku..haha!
12. Log in.
13. Klik kat link ni : Manage caller ringtone
14. Korang mungkin akan diminta log in sekali lagi. Dengan penuh sabar sila log in sekali lagi.
15. List caller ringtone yang korang sedang guna akan keluar. Klik kat icon tong sampah kecik belah kanan sekali untuk conform betul tak tu caller ringtone korang.(Sorry yang ni tak dapat tunjuk demo sebab lepas klik je dia terus keluar blank macam bawah ni, tak sempat nak capture.) Jangan risau selagi korang tak klik kat purchase/ buy, korang masih 'selamat'. So kalau korang keluar skrin 'kosong' macam ni maksudnya korang dah tick kotak yang betul.


16.Ulang step 1 sampai 3 balik!
17. Pilih untuk teruskan/padam (aku lupa la yang ni sebab dah excited tak sempat screenshot. Tapi rasanya korang tau kot nak tekan mana).
18. Caller ringtone korang dah dipadam kalau korang dapat mesej macam ni. Yang bawah tau, bukan yang atas.


Selamat mencuba dan selamat jimat kredit!

*Please comment if you want me to write an English version on how to unsubscribe to Hotlink caller ringtones. Thanks.


Read More

100 Wishlist Part 3 - Kalau Aku Kaya

Friday 14 October 2016

Assalamualaikum semua. Bertemu kita lagi dalam sesi 100 Wishlist before I die. Ni semua sebab kena dera ngan Huda. Hahaha.

Part 1 aku dah taip 33 wishlist yang aku rasa obtainable, asal kena dengan gayanya.

Part 2 pulak 33 wishlist yang aku dah berjaya capai.

So, tinggal lagi 34. Aku takde idea nak jadi kreatif,so aku listkan sahaja 34 wishlist yang macam melampau gila, tapi aku nak jugak berangan iaitu:

  1. Nak belanja semua sedara-mara aku gi Umrah
  2. Tengok sendiri keadaan Palestin dan masuk Masjid Al-Aqsa 
  3. Bawak my whole family bercuti ke oversea. By oversea I mean Europe. Muahaha.
  4. Belikan rumah seorang sebijik kat adik-beradik
  5. Belanja kekawan gi holiday.
  6. Belanja officemate vacation ke mana-mana. Company kedekut, takde buat trip.
  7. Seketul penthouse di Dubai
  8. Tapi kalau penthouse cmane nak ada kebun bunga sendiri. Berangan gak tu.
  9. Kalau rumah besar mestilah nak bibik yang ramai.
  10. Naik flight first class siap baring tido semua tu
  11. Lagi best kalau ada jet peribadi. Tak payah susah booking Air Asia
  12. Owning a football club. Tapi nak develop player muda dari negara-negara kecil dan local talent. Tak naklah stail Roman Abramovich, Sheikh Mansour or TMJ. Ehhh
  13. Tak dapat beli football club, dapat taja pun cukuplah cam Dato' Vida. 
  14. Bungee jumping walaupun takut tinggi
  15. Ada driver sendiri so tak payah drive seumur hidup
  16. Tapi teringin nak ada seketul VW Beetle lah pulak
  17. Ada perunding imej sendiri macam retis
  18. Ada P.A. Senang hidup makcik.
  19. Ada Event Company sendiri. I'm so into organizing. Keeping things in order is my fetish.
  20. Takpun buat pet hostel. Bila orang balik kampung or travel boleh drop sini.
  21. Buat hospital dan klinik-klinik yang lengkap untuk tempat-tempat ramai orang miskin dan jauh dari pembangunan 
  22. Tolong semua orang miskin dan melarat kat Malaysia ni
  23. Owning my private boat. Pastu bawak sendiri ke tengah laut cam cite omputih
  24. If kahwin, teringin nak ada anak sepasang. 1 boy, 1 girl
  25. Jadi blogger femes ames. Tak payah kerja dah, tulis blog je. Lagi best kalau travel blogger
  26. Pastu dah femes mestilah ramai orang taja itu ini. Ngeh ngeh.
  27. Nak tengok Harimau Malaya layak ke Piala Dunia !
  28. Writing my own book. Tapi tulah kau, update blog pun malas
  29. A pair of designer stilletos. Jimmy Choo ke, Christian Louboutin ke..
  30. Original handbag LV satu!!!
  31. Seketul TV yang besar nak mampus supaya boleh buat live viewing big match. Tak payah gi mamak dah
  32. Cipta mesin lipat baju.
  33. Sambung belajar kat luar negara. Too little too late?
  34. Kerja di luar negara
Rasanya tu jelah sesi mengarut aku. Yay...dah cukup seratus. So, sesiapa nak buat silakanlah. Mari berangan bersama-sama!
Read More

100 Wish List Part 2 - Edisi Bersyukur

Monday 10 October 2016

Assalamualaikum semua. Masih menyahut cabaran Huda untuk 100 Wishlist, tapi kali ni aku nak buat pembaharuan sikit. Hari tu dah buat Part 1 kan? Part 2 ni special sebab Edisi Bersyukur.

Kenapa Edisi Bersyukur? Sebab aku nak nyatakan perkara-perkara yang aku teringin dari dulu, some of it dari kecik, dan sekarang dah jadi kenyataan. Bukan nak berlagak, tapi more like - counting my blessings. Hey, tangga pertama kebahagiaan adalah bersyukur, kau tahu?

  1. Belajar di USM
  2. Dapatkan segulung ijazah. Senyuman Mak Abah masa my konvo adalah priceless
  3. Menjejakkan kaki ke Tanah Suci - Umrah tahun 2013
  4. Tengok my brother capai cita-cita dia nak jadi doktor
  5. Tengok my sis masuk universiti
  6. Dapat abang ipar dan kakak ipar yang baik
  7. Ada anak-anak saudara yang aku sayang macam anak sendiri
  8. Ada kerja yang stabil dan slowly moving up
  9. Naik kapal terbang - umur 25 baru merasa!
  10. Keberanian memandu (tapi ni masih berusaha mahirkan diri)
  11. Kereta sendiri, walaupun Myvi saje 
  12. Ada blog sendiri dan dapat kenal ramai kawan-kawan alam maya
  13. Melancong ke Australia
  14. Pegang dan tengok Kanggaru
  15. Pegang dan tengok bunga Tulip
  16. Tengok Dolphin
  17. Pergi Universal Studios - Singapore 
  18. Pergi Movie World - Gold Coast, Australia
  19. Jejakkan kaki ke Sydney Opera House 
  20. Tengok rumah warna warni di Brighton Beach
  21. Melancong ke Sabah - Dah ke KK dan Sandakan
  22. Melancong ke Sarawak - Dah ke Miri dan Sibu
  23. Tengok Liverpool FC masa diorang datang Malaysia
  24. Snorkelling di Pulau Perhentian
  25. Gi Pasar Siti Khadijah - antara pasar unik di Malaysia
  26. Tengok teater di Istana Budaya
  27. Buat persembahan untuk opening Sukan SEA 2001
  28. Naik tram.
  29. Naik tuk tuk kat Thailand.
  30. Tidur hotel 5 bintang - merasalah masa kerja Petrosains dulu 
  31. Petik jagung kat ladang. Hehe. Penangan fanatik Smallville
  32. Bergambar ngan Johan As'ari - nasiblah korang, aku memang minat dia OK!
  33. Kenal someone yang banyak beri aku kenangan manis walau tak kesampaian kisah aku dan dia. Dia pun dah bahagia ada keluarga sekarang. It's OK, awak.. Ewah, jiwang plak ko!
So, ada lagi 34 nak kena setelkan. Edisi apa pulak ni ? Edisi Siasat? Edisi Khas? Ha..kita tengok nanti ye. Mengkome apa lagi? Moh le join!!!


Read More