Krabi Part 4

Tuesday 26 July 2016

Assalamualaikum semua! Adoila, mereput cerita Krabi ni ha. Jom sambung!

Setelah Elephant Trekking , kami dibawa ke Hot Stream Waterfall atau dalam bahasa tempatan- Namtok Ron Khlong Thom. Tu dia... Jauh jugak dari town, dalam 50 kilometer. Ada gak yang naik motor ke sini, kalau tak nak ambil travel agent. Macam kitorang, dah amik travel agent, kenalah ikut group dan tour guide.


Dah sampai sini, apa lagi mau bikin, mandi lah. Tapi aku boleh plak tak bawak baju spare. Bijak kan? So, celup-celup kaki je. Lagipun, kat sini ada signboard, dinasihatkan tak payah lama-lama sangat berendam. Maksimum 20 minit je. Tak tahulah sebab tak elok dari segi kesihatan ke, ataupun pihak waterfall tak nak orang ramai buat tempat tu macam jakuzi sendiri.

Banyak je gambar selfie kitorang, tapi ni je yang paling proper ..haha

So, aku rekemen ke tidak tempat ni? Bagi aku, biasa je. Kat Malaysia pun banyak kolam air panas kan. Kalau ada niat nak rendam badan tu bawaklah baju spare. Ada toilet untuk salin baju. Tahap kebersihan tandas tu so-so ajelah. Jangan high expectation sangat.

Dalam sejam kat sini, kami dibawa ke area Emerald Pool pulak. Nak ke sana kami naik van tadi. Short journey je. Kat dalam ni tak dibenarkan bawak masuk makanan melainkan air mineral.

Tour guide memberi penerangan.

Kawan-kawan aku suggest ke Blue Pool dulu. Nanti dari tempat jauh, kita pergi yang dekat. 

Korang kalau nak menjejak Blue Pool ni, pakailah kasut sukan ye. Sebab penat berjalan. Kalau pakai selipar biasa je mau melecet kaki.

Memula elok je lalu dalam hutan, tapi bila dah keluar tu, panaih lit lit weiiiih. Bawakla topi ngan spek mata hitam korang tu

Katanya 0.8 km je, tapi maybe sebab naik bukit, rasa macam 8 km! Jalan punya jalan ingat dah terlepas, tapi rupanya tak sampai lagi. Korang jangan risau, Blue Pool ni memang senang cari. At the end of a storm, eh tak, at the end of the path akan nampak kolam yang kaler biru macam swimming pool! 

Tidak dibenarkan berenang ye. Korang jangan gi cari pasal pulak.

Sedikit info tentang  Spring Pool. Local panggil Sa Nam Phut. Digelar Blue Pool mungkin sebab kaler dia biru, bukan sebab ada awek pakai macam dalam filem blue sampai aku terpaksa censored gambar atas ni. Siot, time amik tak perasan. Kalau aku ni jantan, dah macam pervert pulak.

Macamana warna biru tu terhasil aku tak sempat kaji. Maaf ye. Haha.

Sempat buat kawan baru. Sebab hari tu tak mintak izin nak up muka diorang so aku taruk la stiker.

Dari Blue Pool, kami patah balik ke Emerald Pool. Blue Pool ni takde apa nak buat. Tangkap gambar jelah. Nak mandi tak boleh.


Ramai manusia, cuba cari aku kat mana?





Cari sampai esok pun tak jumpa. Sebab aku yang tangkap gambar ni. Hahaha, kelakar betul aku ni.




Emerald Pool ni boleh bermandi-manda. Best, macam swimming pool! Aku pun turunlah bersiram walaupun tak bawak baju spare. Tak tahan godaan. Gambar mandi-manda tak ada. Hihi.

Lepas beberapa ketika barulah kitorang sedar yang kitorang dah lambat for lunch. Apalagi, menggelupur patah balik ke pintu masuk. Lunch dah disediakan, tapi kena makan cepat. Sebab nak kejar masa. Time tu memang biar baju kering sendiri je kat badan. On the way ke pintu masuk tadi pun dah kena panas.

Pas makan, kami pun diperambat naik van sebab nak ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Nanti aku sambung. Sorry lah entry ni cam malas je sebab aku memang ikut je tour guide. Memang blank. Research pun tak buat.

Part 1
Part 2
Part 3

Jumpa next entry!
Read More

Siri Berlagak Dengan Pembaca

Thursday 21 July 2016

Assalamualaikum dan hai semua! Bertemu kita lagi dalam siri berlagak dengan pembaca blog. Berlagak apa? Berlagak sebab dapat kad raya lah. Muahahaha.

Alhamdulillah, raya kali ni banyak jugak kad raya aku dapat. Siapa sangka, rezeki blogging, dapat jugak merasa dapat kad raya macam zaman bercinta, eh tak, zaman kanak-kanak dan remaja dedolu. Antara rakan blogger baik hati yang sudi mengirim kad raya kepada aku adalah :

1.FarrahMF


Tengok pun dah tau kan, siapa yang rajin bab-bab buat kad sendiri ni. Tak main la beli kad kat kedai. Tu korang, noob. Samalah aku gak. Kad ni dari pemilik blog FAMF Tower. Dia ni memang kreatif bab kraf dan masak-memasak. Tip top meletup. Tangan yang memegang sudip, juga mampu memetik gitar. Bila kita nak berkolaborasi buat busking ni kak? Dah standby nak nyanyi. Hehe, jangan marah kak Farrah. Thanks for the lovely thought!

2. Deanna Morni

Lama tak dengar khabar akak sorang ni. Sibuk agaknya. Almaklumlah, selalu outstation. Suka baca pengalaman dia explore tempat baru dan shopping-shopping Malaysia. Tapi tulah, dalam sibuk-sibuk pun tak lupa hantar kad raya. Terharunya. Ni link blog kak DM buat yang nak berkenalan : Kameq Deanna

3. Qaseh Vee

Sis Vee ni diam-diam je hantar kad. Aku pun lupa yang aku ada bagi alamat kat dia. Siap bagi FM 'Floria Putrajaya', tapi dah selamat naik fridge. Tahulah aku ni gila FM. Sis Vee ni antara yang terawal aku kenal dalam dunia blogging. Yang ni pun hebat di dapur jugak. Mak Usu kesayangan ramai.

4. Scdha Sein

Bohonglah korang tak kenal Scdha Sein. Famous kot Ah Kak ni. Merata dah dia berjalan. Sesiapa yang suka baca blog travel yang tak serius tapi very informative, bolehla singgah blog SS.

5. Yana Yani

Ah..kalau perati betul-betul, sedikit cacat kad pemberian Yana Yani. Tahu tak, aku letak stiker kereta baru dapat sekali dengan kad raya ni sebab takut hilang. Sekali amik kau, dengan stiker kereta aku jadi cacat sekali sebab melekat. Bijak kau ni.. Nasib baik still valid. Adehhh..Thanks kak YY! Tak pernah lupa menyeru kita semua agar sentiasa ingat kepada saudara seagama yang lain.

Ermmm..lima je pun kad raya kau dapat, Sal, nak berlagak apa! Eh..ada lagi hokay, aku je lupa aku letak mana! Nanti dah jumpa aku update la entry ni.

Thanks for reading, lovelies!!! Citer raya? Gi cari kat blog lain. Bye...
Read More