Friday, 13 November 2015

Pengalaman cabut gigi bongsu

Assalamualaikum dan hai semua! Ingat lagi tak aku cerita aku sakit gigi yang amat sangat dalam entry INI dan keputusan aku untuk operate kat HBKL dalam entry INI . Menjelang tarikh aku operate, tetibe aku rasa tak best. Takut beb, sebab kena masuk wad. Yang lebih aku risaukan adalah sape nak temankan aku. Nak tunggu seharian kat hospital, nak drive aku balik. Kalau tetibe aku sakit lepas operate, sape pulak nak hantar aku? Takkanlah nak menyusahkan Mak dan Abah, diorang sendiri pun tak berapa kuat.

Akhirnya aku call HBKL dan cancel operation yang sepatutnya aku buat Oktober lepas. Member office suggest aku buat private je since boleh claim dental dengan company. Aku pulak, bila rasa sakit tu dah takde, aku pun teruskan kehidupan macam biasa. Buat-buat lupa. Kalau boleh memang tak nak cabut. Sebab ni bukan cabut biasa-biasa, tapi kena operate. Kalau takat cabut tak sampai lima minit tu aku boleh tahan lagi.

Tapi, satu hari ni rasa sakit tu tetibe datang balik. Punyalah tak tahan, aku terus google klinik gigi area Ampang. Aku pun jumpa satu blog ni review Suriani Dental Surgery kat area Ampang Waterfront.

Klinik ni memang best, rasa tenang je bila masuk. Tapi sebenarnya tenang kalau kau temankan orang lah. Kalau sendiri yang sakit memang rasa tak tentu arah je.

Tak lama pun aku tunggu, nama aku dipanggil. Doktor yang attend tu doktor lelaki. Nama dia Dr.Khairul. Korang mesti nak tanya, hensem ke tak kan? Hensem jugak lah di mata aku. Tapi, bukanlah hensem dia menjadi faktor aku mengangkang, eh tak, menganga dengan rela. Aku redha aje dia godek-godek mulut aku. Ayat dia lebih kurang je dengan ayat doktor kat HBKL hari tu. Cuma doktor swasta ni lainlah, cakap lembut je. Dia suggest aku buat scaling dulu. So, aku pun buat jelah. Scaling tak sakit, tapi padanlah muka aku sebab dah lama tak buat. Settle scaling, dia bagi aku ubat dan MC sehari sebab dah katanya sakit gigi. Kalau klinik gigi kerajaan jangan mimpilah nak dapat kalau setakat buat check up.

"Gigi bongsu awak ni kena cabut, Cik Salbiah"

Adoilah, sebaris ayat yang begitu membunuh semangat aku. Ada ke dia suruh aku book appointment dalam minggu tu jugak. Eh, memang tak lah. Weekend tu ada wedding. Lagipun, sakit tu masih terasa. Cabut gigi time sakit is a big NO, NO ye.. So, aku pun book tarikh Khamis minggu depannya.

Hari yang 'dinantikan' akhirnya tiba. Appointment aku pukul 3.30 petang, tapi since doktor dah janji nak bagi MC, so aku tak gi kerja. Pagi tu aku rileks je, tapi menjelang tengahari aku dah tak tentu arah rasa. Ini persiapan yang aku suggest korang buat sebelum minor surgery cabut gigi bongsu:

1. Buat scaling. Ini penting, sebab bila mulut dan gigi bersih, boleh elak dari jangkitan kuman.
2.Makan kenyang-kenyang sebelum operate. Aku makan 2 pinggan nasi, pastu makan cereal ngan roti lagi tengahari tu.
3.Gosok gigi dan floss sebelum jumpa doktor.

Mula-mula kitorang amik Xray dulu sebab Xray aku buat kat HBKL hari tu aku lupa mintak. Sabar jelah kan. Actually, nasib aku baik sebab wisdom tooth aku yang bermasalah belah bawah sahaja, kiri dan kanan. Ada kes sampai empat sekali macam dalam gambar ni.


Doktor suggest aku cabut belah kanan dulu sebab lagi teruk dari belah kiri. Aku pun iyekan aja. Tapi, bila dah baring atas kerusi tu tetiba rasa nak terkucil. Rasa nak buat drama sebabak lari dari situ. Hahaha, kenangkan dah bayar deposit, teruskan jelah. Buat-buat berani, tapi Tuhan jelah tahu apa aku rasa. Lagi berdebar dari nak naik kapal terbang!

Mula-mula diorang tutup mata aku. Mungkin diorang takut patient takut kalau nampak alat-alat diorang. Pastu doktor pun inject bius. 2 kali dia inject, aku still rasa sakit. So, dia inject lagi. Time ni ngilu lah jugak. Mana taknya, dia inject kat gusi dan kat dinding pipi. 2,3 minit lepas dah rasa kebas, dia pun memulakan operasi. Aku pun tak tahu apa dia buat, ada time-time tu aku macam mamai, dia cakap apa entah dengan aku, aku tak ingat pun. Aku iyekan aje. Tapi, telinga aku dapat lah tangkap bunyi gerudi berdesing kat telinga dan bunyi gigi aku dipecah-pecahkan sebelum dicabut. Ada lah 2, 3 kali doktor tu cakap..'lagi sikit je cik..,' tapi tak tercabut jugak.  Aku rasa dia tersiksa, sebab gigi aku pun degil macam tuan dia jugak. Ditarik-tarik gigi aku, kepala aku pun rasa nak tercabut sekali. Tak sakit, tips dia kau rileks je..fikir benda-benda lain, sambil dalam hati zikir je tau. Nilah dia, dah sakit baru ingat Tuhan..

Akhirnya, lepas hampir sejam berhempas-pulas, gigi aku selamat dicabut. Doktor bagitahu aku yang dia nak jahit tempat cabut tu. Kena jahit, sebab lubang tu besar. Alhamdulillah, lega. Time dia jahit tu aku tak rasa apa-apa pun. Lagipun, mata aku masih ditutup. So, tak payahla cakap sebab doktor hensem rasa sakit tu kurang, dia hensem tahap Johan As'ari pun aku tak nampak wei.

Exhibit A - Bahagian atas gigi yang dipecah-pecahkan
Exhibit B - Bahagian akar gigi yang dicabut. Panjang, ada dalam 1 inci! Pergh, kalah taring dracula ni

Settle jahit, Dr. Khairul mintak aku book appointment seminggu lagi untuk cabut benang jahit. Damn, tak habis lagi penderitaan aku rupanya. Kos cabut sebatang gigi, RM 650. Tu tak campur extra bius dan ubat ye. Aku pejam mata je, bayar pakai kad, tak adalah nak bawak cash sebanyak tu. 

Tapi tu baru satu part, belum bab recovery lagi. Aku rasa tu yang lagi perit sebenarnya. Nanti aku sambung entry lain bab aku berhibernasi kat rumah dan proses menanggalkan jahitan. See you next entry. Bye!


110 comments:

  1. ngerilah sal..tengok darah dan gigi yg berkecai tu..

    ReplyDelete
  2. Haaa pasal nilah akak nak tanya Sal tapi asyik lupa je. Kira dah selesailah ye masalah kesakitan gigi bongsu Sal,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far, baru settle sebelah, lagi sebelah ni nanti dulu lah..haha

      Delete
  3. Oh my,..akak baca entri ni sambil pegang gigi! Ngeriiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..takdelah ngeri sangat kak, sebab dia bius.kalau tak bius mau ada yang menangis

      Delete
  4. ngilu rasa gigi baca n3 sal ni...mahal juga kos cabut gigi bongsu sal ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sebab minor surgery...kalau cabut biasa tu takdelah sampai beratus

      Delete
  5. Aiyaakkk ~

    Nasib baik semua tumbuh dengan suburnya.. tapi, ada satu gigi ni dia tolak gigi depan.. so, gigi depan kena cabut.. nasib baik tak kena operate.. ngeri !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabut biasa-biasa tu takpe lagi, tapi kalau operate ni leceh sikit la

      Delete
  6. Oh ! Kawan pernah kena operate sebab ni...

    Masuk HM... mak ai ~ tengok kapas dia.. berdarah, banyak nau...

    ReplyDelete
  7. eeee darah.....seriaunya baca...terasa gigi ni sakit gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah berdarah cik ZF oi...dah katanya operate..hihi

      Delete
    2. bahaya ni perempuan tak boleh tengok darah...hehe

      Delete
  8. adoi membacanya je dah ngeri..cabut gigi ni lagi mencabar kot dari beranak..hahahaha...kosnya tu mak hai..boleh claim company takpelah..klu tak sy rela la buat gov.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh takdelah, saya rasa beranak lagi sakit kot...dia sakit sebelum cabut je, dah cabut OK lah..

      Delete
  9. Adoih ngerinye.....
    Gigi banyak tak cukup tempat nak tumbuh pun masalah jugak eh, orang lain malasah x cukup gigi dah nak kunyah tak lepas Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, masalah ni selalu jadi kat orang yang rahang kecik...

      Delete
  10. sempat ambik gambar gigi dlm sakit pun.. Oh teringat 4 tahun lepas cabut gigi.. aaahhh, sakit... drama sangat masa tu.. macam2 feeling dah ada.. hosmate teman sampai 3 org.. mereka gigih bagi kata semangat (macamnak operate besar plak).. asyik doa je semoga gigi xsakit dah.. biarlah mereput dan tertanggal sendiri..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi pembaca blog amik gak gambar walaupun segan dengan doktor n staf klinik tu..hahaha.gigi bongsu tumbuh melintang ni tak boleh elak walau jaga gigi dengan baik.doa jelah semoga tak jadi kat awak ye

      Delete
    2. sudah merasa sakit tu yg memang xmau dah... susu tak pernah miss, nak kalsium katakan..:P

      Delete
    3. yelah, pasni akak pun nak minum susu gak...bagus untuk tulang gak.dah lepas 30 ni

      Delete
  11. baru2 ni g tampal gigi pun rasa takut tu macam hapa lagi.. haha.. kali ni g sorang ja.. doktor cantik, lembut je keja dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak ramai-ramai teman pun bukan diorang boleh masuk operation room tu..haha

      Delete
    2. haha.. at lez leh sembang2 sat bgi hilang rasa takut tu..:P

      Delete
    3. kite sembang ngan doktor hensem je..hahaha

      Delete
  12. "satu hari tu" bila nya datang sakit semula tu Sal....kalau sakit x datang mesti x cabut lagi kan.same to me..takut lah bila sebut OPERATION ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nanti-nanti dulu lah kak JM,tunggu ada suami ke esok, boleh ngengada..haha.ni kena mengada dengan parents jelah

      Delete
  13. ahahaha..part nak tahu hensem ke tak tu sis JM lah slah sorang nya sbb kalau dr hensem n soft spoken rasa kurang sikit sakitnya tu..gedik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dah agak dah.sebelum tanya ,saya inform awal-awal.memang hensem dan soft-spoken orangnya.berbaloi la bayar beratus...hahaha

      Delete
  14. arghh..sebut scaling dah lama x buat...mesti dh berkarat kat dlm ni huhuh...buat scaling berapa kena bayar Sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal jugak, RM 150..tapi bagus jugak dia buat

      Delete
  15. ahaksss...betul tu mkn kenyang sbb bila dah cabut gigit tu nanti..sakit dah hilang selera mkn tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, memang pun.walaupun lapar,tahan je.memang hilang selera makan

      Delete
  16. aduhai boleh bayang mcm mana Sal baring sambil gigi kena gerudi....time tu mesti telan air liur berkali2...tetapi air liur tu nanti dorang sedut kan..ishh baru dgr Sal story un dah scary ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,diorang sedut. kita rileks je, pastu kejap-kejap dia suruh teleng or dongakkan kepala. tak rasa sakit sangat pun

      Delete
  17. eeeee....takutnya!!!! tgk alat2 untuk mencabut tu pun dah gigil kaki tangan..adoi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal dia tutup mata.takut ada yang terkucil atas kerusi tu

      Delete
  18. ahdoiii sakitnyer .,

    ammvoii mengangkang erk ., kehkeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sekarang kan viral pompuan nak mengangkang depan doktor hensem..hihi.kalau doktor gigi,kita menganga jelah

      Delete
  19. Adusss... saya bab2 gigi ni memang takottt... Kalau sakit, tak cabut sakit... nak cabut ngeri huhu...

    Lama tak berblog dan singgah sini... salam ceria selalu Sal... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigi dah tak sakit ceria la jugak Abang Khir..hehe.kalau tak rasa nak mengaruk je..haha

      Delete
  20. SS baru ingat nak tanya kabo Cik Sal... Tup tup nampak entry ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula ingat nak buat-buat lupa, tapi rasa sakit tu datang balik..adoi ai..terpaksalah operate

      Delete
  21. SS faham perasaan cik sal bila dalam kepala ada perkataan "operation"... SS pernah lalui pengalaman tu...

    ReplyDelete
  22. Untunglah boleh telan 2 pinggan nasi... SS kena puasa... Nanges taw... Hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena puasa? ni mesti SS masuk wad tu kan?

      Delete
    2. SS kena masuk wad berminggu... Sebelum dan selepas operation..

      Delete
    3. hari tu doktor HBKL suggest buat option ni, tapi sy yg tak sanggup..

      Delete
  23. sy pun baru lps operation gigi bongsu,,tp sy bius tido :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak takut nak buat bius tido tu sebab kena masuk wad..hihihi.takpelah sakit sikit, janji tak payah masuk hospital

      Delete
  24. Betul Cik Sal... Bila dah sakit... Baru ingat tuhan... Ingat mati... Jam tu nak taubat... Keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam tu memang la baru nak keluar ayat kerusi, ayat seribu dinar, ayat pengasih..haha

      Delete
    2. so macam kena sakit selalu lah utk ingat tuhan.. hihi..
      tapi sapa mau sakit...huhu

      Delete
    3. sakit tu ujian, sihat tu pun ujian sebenarnya..

      Delete
  25. SS bayar cabut gigi sebatang tanpa operate pon dah nak jejak 200... Dah gigil... Inikan 600... Bukan gigi je sakit... Poket pon sakit!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunggu lepas claim tu memang la sesak sikit.pecah tabung kahwin u olls...hahaha

      Delete
  26. Memang ngeri nengok gigi pecah tu... Org tua2 kata lempor bumbung... Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..lupa nak amik hari tu.lepas cabut terus bayar pastu balik

      Delete
  27. hint yang bagus...makan kenyang2 dan puas2..

    ReplyDelete
  28. Ngeri pula bila baca post ni. Mesti kesakitan yang kak Sal rasa tu lagi teruk dari kesakitan yang saya rasa masa gigi bongsu saya nak tumbuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun rasa sakit masa dia nak tumbuh..rupanya sakit tu sebab dia tumbuh melintang dan kacau gigi sebelah dia.

      Delete
  29. Replies
    1. Kan aniesss.... terasa2 ngilu nya

      Delete
  30. Ada price list klinik tu x sal?

    Pe pun, gws !

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Anies...price list tu aku lupa nak snap, nanti next follow up aku check ye

      Delete
  31. haha..mmg xthn cabut gigi dan harganya pn boleh tahan..

    ReplyDelete
  32. aduiyaiiiii...ngilu sal weiiii....kalau sy pun pikir 10 juta kali nihhh....eeeeiiiiiii.....huhuhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak terpaksa jangan harap lah DM oi..haha

      Delete
    2. tu laaa...kalau terpaksa kena redah jugak tuhh...kalau x menanggung kesakitan jer kang huhuhu

      Delete
  33. papepun...tahniah sal atas keberanian anda.....kami bangga....hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keberanian anda ... kebanggaan kami

      Delete
    2. keh keh keh...mcm pernah tgk jer slogan nihhh...

      Delete
    3. hahaha..femes tagline ni.boleh buat tagline AF

      Delete
    4. Ayat Sis D macam ayat YB yang bangga dgn pencapaian anak buah hihihih

      Delete
    5. anak buah takpe, jangan macai..hahaha

      Delete
  34. Alahai ngerinya..scroll laju2.. T_T

    ReplyDelete
  35. Cik sallll...

    Sakitnya....
    Kita yg rasa ngilu tu..

    Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saja nak share sakit serba sikit dengan pembaca blog..

      Delete
  36. Tp kn sal... betul kan...
    Dilema kita bila sakit kna handle sorang2 ... nk masuk operation pikir puluh2 kali... hadooii sapa nk mntk tlg bwk balik... tgu kt spital etc...

    Tu citer yg bujang...

    Yg dh kawen plak... dok pikir nk tinggal anak... etc...

    Hadoiii lemah nya kita kan kan kan.
    #insaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa lemah sangat kan bila sakit..rasa helpless

      Delete
  37. Kakak nak gelihati ada kesian pun ada. Bab sakit gigi dan cabut gigi kakak rasa rata-rata semua samalah Sal. Ngerinya... walau tahu masa cabut bukan sakit pun tapi time nak kena injek tu yg ngilu takut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, time injek tu memang terangkat-angkat tangan..mujur tak terlempang doktor..haha

      Delete
  38. kalau sebut fasal gigi, memang ngeri. kalau baca pun dah ngeri, tak taulah bila duduk dlm bilik dr. so scary,,
    tampal, cabut, cuci, planting, crowning dah pernah buat..
    moral of the story..jaga gigimu baik2 salbiah...jgn terlewat cam kak, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes gigi bongsu ni bukan pasal tak jaga kak..kawan saya yang gigi perfect 10 pun pernah kena..huhu

      Delete
  39. takut jugak yer.. huhuhu.
    nak cek jugak lah gigi sis, ade masalah ke tak. takutttt.

    moga cepat sembuh yer sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doa tak kena kat sis...memang siksa

      Delete
  40. Itu baru sebatang Sal, anak bujang JR 2 tahun lepas kena bedah 5 batang gigi sekali gus! Sebatang gigi taring dan empat batang gigi geraham bongsu dibuang serentak. Tiga hari dia masuk wad dan bila keluar wad hampir 2 minggu tak boleh jamah makanan keras termasuk nasi, bayangkan betapa siksanya. Mujurlah segala kos rawatan ditanggung UTHM, jika tidak bayangkan berapa kena bayar!

    Ceritanya di sini:
    http://mycuteshoppe.blogspot.my/2013/08/pengalaman-bedah-gigisakitnya-mak.html
    http://mycuteshoppe.blogspot.my/2013/08/penangan-gigi-bijak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada baca entry abang JR yang ni sebelum saya operate hari tu..memang siksa lah, saya cabut sebatang pun dekat seminggu tak makan nasi

      Delete
  41. Alahai... baca pun dah terasa ngerinya. Berdiri bulu roma! Tak kiralah doktor gigi cun ke, handsome ke tidak, yang penting takut weyh! Bab gigi ni akak memang takut banyaklah, bukan sikit-sikit. Eh, pendek kata asal cerita hospital dan rakan-rakan sejawat dengannya, memang akak ngerilah Sal oi.....!

    ReplyDelete
  42. stakat ni CT tak pernah cabut gigi kat klinik lagi.. kalo pegi dentist slalu buat benda lain.. seram weh kalo
    nak cabut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa CT...kalau boleh cabut sendiri memang dah buat.masalahnya kena surgery..aduh, masih terasa peritnya

      Delete
    2. Akak pun macam CT, buat scaling tu pernahlah. Tu pun macam nak pengsan kecut perut. Agaknya akak kalau kena macam Sal ni pengsan berapa kali lah kat klinik gigi tuh!

      Delete
    3. kalau boleh pengsan ,bangun-bangun terus siap takpe jugak..ni baru nak terlelap doktor panggil suruh nganga luas-luas..hehehe.

      Delete
  43. Hehehehehe, ayat 'gigi degil macam tuan dia jugak' tu mmg kelakar habis. Hehehe.

    ReplyDelete
  44. akak penah cabut gigi sekali lepas bersalinkan afif
    buat kat swasta juga, tapi mungkin senang, tak banyak kena bayar
    dalam rm80...
    tapi mahal juga yang sal pergi ni
    suami akak kena operate juga, pastu jahit bagai, tak sampai rm200

    tapi dentist charges memang mahal tak ingat!
    kawan akak kata, nak kaya cepat...jadi doktor gigi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, memang..bukak dental clinic memang boleh kaya.biorkan je, bila lagi nak kelepet duit company..hahaha

      Delete
  45. Salam sal, nak tanye kos keseluruhan termasuk cabut benang tu brp ye? And sakit x mase cabut benang tu? Dia bius ke x ye mase cabut benang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabut benang tak bius, sebab tak sakit..

      Delete
  46. darah tu...
    ada peneman x kaksal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada u olls...I forever alone, teman diri sendiri..haha

      Delete
  47. klinik ni baru pegi hari tu...aku kene dry socket lepas cabut gigi tp bkn cabut klinik ni...lubang bekas cabut tu xade darah beku...terdedah mcm tu je lubang socket,so sisa makanan,bakteria senang2 je masok....5 hari menderita sakit gusi..usha2 klinik ni plg dekat ngn umah aku..waktu tu waktu malam..xtahan sgt sakit..sampai ke telinga..satu kepala la sakit..telefon wat appointment..dtg 8.30 mlm...doktor pggil..dier cek..korek2..then dier soh aku wat scaling dulu...karang gigi byk sgt..besela x penah wat...setel wat scaling..dier cuci kwasan socket gusi tu..yg pembatu dier pkai suction sedut lubang gusi tu..mak aiihhh sakit dier tu rase nak terajang pembantu dier..hahaha...so setel dier cuci..dier letak paste utk dry socket..ala mcm darah beku artificial...than dalam 3 4 hr then paste tu tertggal sendiri dr lubang tu..so alhamdulillah smpai hari ni aku dah xsakit gusi...ni nak cabut geraham lagi sebelah kiri sebab berlubang..so aku akan pegi ke klinik ni lagi...

    ReplyDelete
  48. Replies
    1. tak sakit sebab bius..5 jam lepas operate baru start sakit

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com