Melbourne Part 4 - Churchill Island Heritage Farm

Saturday 31 October 2015

Assalamualaikum dan hai semua! First of all, aku nak ucap takziah kat blogger Qaseh Vee, yang baru kehilangan bonda tercinta. Al-fatihah untuk arwah Hajah Mangiah binti Haji Abdullah, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kemudian, dapat pulak berita sedih yang Blogger Siti Yang Menaip pula kehilangan ayah. Semoga Allahyarham Shuhami bin Sulaiman tenang di sana. Al-fatihah untuk arwah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Siti dan kak Qaseh Vee kuatkan semangat dan tabah menghadapi ujian Allah ini.

Buat yang tak tahu, Siti adalah partner travel trip aku ke Melbourne. Update entry ni memang teringat kat dia je.

OK lah, jom kita sambung cerita sebelum makin banyak yang aku lupa. Selepas solat Jamak Zohor Asar dekat Cape Woolamai, we oll meneruskan perjalanan ke Churchill Island Heritage Farm. Perjalanan mengambil masa around 10 minit. Satu perkara yang menarik on the way ke Churchill ni, korang berpeluang tengok wallaby/ kanggaru liar dan arnab-arnab gemuk berlari keriangan di kiri kanan jalan. Tak sempat nak snap gambar, tapi memang ada seekor wallaby, ke kanggaru entah steady je berdiri tepi belukar, tunggu nak lintas jalan! Tapi jangan berangan la nak jumpa Koala, diorang duduk atas pokok je.

Dah sampai!

Beli tiket dulu
Besar jugak!

Aku ni tak pernah sampai New Zealand, tapi tetap jugak nak mention yang tempat ni cantik macam kat New Zealand..haha

 Langit biru..Subhanallah!

Sebab terlampau cantik, aku tak bother nak edit pun gambar.

Demo memerah susu lembu. Boleh hands-on kalau berani. Aku? Spesis penggeli!

Brader yang sama..nak buat demo lain plak. 

Apa dia buat kat kambing biri-biri tu? Adakah ni upacara khatan? Adakah aku berpeluang merasa pulut kuning kat Philip Island ni? 

Sebenarnya, proses ini dipanggil 'Sheep Shearing'. Menurut cerita brader ni, orang dulu-dulu shear bulu kambing biri-biri ni pakai pisau je. Sekarang dah moden, pakai la mesin. Steady je dia pegang kambing biri-biri tu macam tu. Cik biri-biri tu pun pasrah menyerah diri untuk dibotakkan. Dah biasa agaknya.

Penting untuk buang bulu sheep ni sebab ia takkan berhenti tumbuh. Kalau tak buang, nanti sheep tu akan nampak gemuk dan berat. Macam korang lah, tak potong rambut dan kuku mesti rimas. Bezanya, bulu kambing biri-biri ada gunanya. Bulu u olls? Hahahaha

Yang baju merah tu adalah budak-budak sekolah. First time tengok golongan aborigines, atau orang asli Australia.

Bulu biri-biri ni banyak gunanya. Antaranya untuk buat kot musim sejuk dan kasut Ugg.

Biri-biri yang dah botak. Korang jangan risau, nanti tumbuh balik.

Ni buat kari sedap nih!

Yang aku faham, Churchill Hertitage Farm ni adalah untuk menunjukkan cara hidup dan aktiviti perladangan di Australia kepada pengunjung. Selain dari tu, korang boleh step back in time dan lihat rumah lama zaman Victorian. Sesiapa yang suka deko ala Inggeris boleh ambil inspirasi dari sini.

Dapat bilik macam ni, memang feeling Elizabeth Swann dalam Pirates of the Carribean lah u oll!

Settle menikmati cara hidup farmer kat sini, kitorang pun move on ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Tunggu..

Thanks for reading, gais! 

Part 2
*Autopublish. Busy weekend ahead!*




Read More

Love, Supermoon

Monday 26 October 2015

"Abah, Abang rasa Abang dah boleh kahwin. Abang dah ada calon."

"Abang nak ke? Hanya kerana semua orang kahwin, tak semestinya Abang pun kena kahwin jugak."

Romantic comedy... Always my favourite genre! Kenapa, tak percaya ke??

Menggandingkan Nadiya Nisaa dan Farid Kamil adalah cubaan Grand Brilliance yang fresh dan berani. Tapi, kita bercakap pasal Nadiya Nisaa lah, bagilah watak apa pun, aku yakin dia boleh bawak. Watak playboy pulak adalah 'makanan' Farid Kamil. Dan bila digabungkan, awalnya nampak awkward, tapi di situlah point sebenar filem ni.

Love, Supermoon adalah kisah tentang Triz (Nadiya Nisaa) yang berkawan baik dengan Nina (Rita Rudaini) dan Tiha (Anne Ngasri) dari sekolah menengah. Suami Nina, Sulaiman (Zain Ruffedge) pulak kawan baik dengan Razak(Farid Kamil). Keadaan membuatkan mereka selalu terserempak, tapi Razak yang sentiasa dikelilingi gadis-gadis hot, memang tak pernah 'pandang' Triz. Triz pulak, awal-awal telah meletakkan Razak dalam 'friendzone', mungkin kerana reputasi Razak dan status Triz sendiri yang dah mempunyai teman lelaki.


Timeline filem ni bermula dari zaman persekolahan Triz dan Razak, menempuh dunia universiti dan kemudiannya pekerjaan. Aku kagum dengan kegigihan pihak produksi menyediakan props sesuai dengan tahun. Kita yang menonton ni rasa seronok dan terus teringat zaman 90-an dan awal 2000 dulu. Sungguh teliti sekali bab gadget, kereta dan fesyen. Bukan senang nak buat filem 'zaman lampau', kalau tak kena gaya, akan nampak cacat dan mintak kena gelak.

Filem ni simple je. Dialog biasa-biasa, tapi semua orang boleh relate. Bukan sekadar tentang cinta, tapi tentang persahabatan dan keluarga. Agak cliche', tipikal romantik komedi yang menggunakan formula 'orang yang kau cari dah ada depan mata'. Menariknya adalah bagaimana Triz dan Razak sedar tentang perasaan diorang tu, bukan semata-mata kerana fenomena 'Supermoon'. Dalam mencari jodoh ni, memang ramai orang yang mainkan peranan, tapi akhirnya, kita tengok hati sendiri jugak. Ewah!!

Cuma satu, ending terlampau simple dan fast-paced. Kalau elaborate mesti lagi sweet. Takdelah nampak nak cepat habis. Other than that, aku suka je. Kelakar, sedih, romantik..semua rasa ada. Kalau you all suka filem genre macam ni, memang wajib tonton.


Till then, jumpa lagi guys..Love, you!!!


Read More

Kalau ku mati, adalah kematianku dalam mengenang engkau - Hayati

Tuesday 20 October 2015

Aku sememangnya penggemar teater. Tapi, hampir setahun tak menonton mana-mana pementasan, samada indie atau mainstream. Jadi, pabila karya agung sasterawan Indonesia, buya HAMKA, atau nama penuhnya Prof. Haji Abdul Malik Karim Amrullah diterjemahkan ke dalam teater muzikal, aku pantas mengiyakan ajakan kawan baik aku, ND untuk menikmatinya di Istana Budaya. Kalau tidak, mereput sahaja aku di rumah kalau hujung minggu, bagaikan Hayati, bunga kampung dari Batipoh (maaf, mood sastera pas tengok teater macam ni biasanya akan berlegar-legar ibarat drone dalam masa tiga, empat hari. Harap tabah membaca. *Gelak malu-malu belakang pintu*)

Teater ini mengisahkan Zainuddin (lakonan Amar Baharin), anak kelahiran Mengkasar, tapi asal nenek moyang dari Padang, yang pulang ke bumi Minangkabau itu untuk mencari sulur-galur keturunannya dan belajar ilmu agama. Pertemuan dengan Hayati (Nabila Huda), gadis yatim-piatu yang membesar di rumah adat, telah membibitkan perasaan sayang. Tapi, soal bangsa dan harta menjadi halangan. Memang kisah cinta yang meruntun jiwa , hati keras macam aku pun bisa cair...Hahahaha.


Yang aku suka:

1. The cast.
Aku kurang familiar dengan lakonan Amar Baharin.. Boleh la tahan, ada jugak scene dia yang sampai. Berlakon teater bukan senang. Penerbit takkan pilih dia kalau dia tak layak, kan? Nabila Huda, awesome as always! Memang pelakon yang tepat untuk watak Hayati. Muka Melayu asli dan expression yang boleh buat kau rasa macam kau pulak yang bercinta ngan si Zainuddin. Dan aku officially ada crush baru : Syarul Ridzwan yang membawa watak Muluk. Paling kiri sekali dalam poster. Watak dia walau takat pembantu tapi berjaya menghidupkan cerita. Watak lain-lain macam Karl Shafiq, Liza Abdullah dan Amyra Rosla pun hebat jugak. Memang puas hati lah.

2. Tak ada babak terlajak mesra!
Aku biasa tengok teater yang ada babak hero dan heroin rapatnya la hai, macam suami isteri! Kalau dalam skrin mungkin rasa tak selesa tu tak kuat sangat, tapi bila depan mata, krik krik la jugak. Aku puji teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni, kerana takde babak-babak yang menimbulkan rasa awkward.


3. Jalan cerita yang banyak follow novel
Oh yeah, ini aku suka! Pendapat aku, adaptasi yang tak mengikut naskhah asal adalah sangat annoying. Walaupun ada beberapa part yang dilangkau, tapi jalan cerita tak terjejas. Mungkin kerana nak fokus pada kisah Hayati dan Zainuddin.

4. Kostum dan props
Baju yang cantik, set up rumah Adat yang hampir menyerupai rumah di Padang dan props yang realistik, walaupun tak secanggih teater-teater bajet tinggi. Cuma bukit tu buat aku teringat cerita Lion King. Hehehe.

5.Dialog
Aku memang suka gaya bahasa klasik ni. Walaupun diMelayukan sedikit agar penonton faham, tapi ayat-ayat puitis HAMKA dikekalkan.


Yang kurang berkenan:

1. Lagu
Sorry, Suhaimi Mohd Zain a.k.a Pak Ngah. Muzikal yang bagus adalah yang lagu dia terngiang-ngiang di telinga lepas habis menonton, tapi lagu-lagu teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni memang tenggelam! Kecuali lagu masa kali pertama Zainuddin sampai ke Padang. Sepatutnya lagu-lagu teater ini lebih klasik, sesuai dengan zaman 1930-an. Lagipun pelakon nampak sangat miming. Mungkin bukan diorang yang nyanyi sendiri? Entahlah..

2.Grafik
OK, tapi boleh diperbaiki. Babak laut tu nampak agak kartun. Grafik kapal tu pulak terlampau moden.

So, overall, aku puas hati. Tapi, maaflah, dah habis tayang baru aku nak update. Aku ingat baru start, tapi rupanya hari aku gi tu last day. Well, mana tahu kalau ada restaging, atau diorang buat jelajah Malaysia ke, mungkin ada rezeki korang nak tengok. Tiket dia agak murah, aku duduk dalam row ke 8 dari pentas, harga RM 60.15, termasuk GST. Biasanya teater harga beratus kalau seat depan-depan.


Thanks for reading! 

Yang aku minta hanya satu, jangan dikecewakan hati orang yang berlindung padamu - Zainuddin
Read More

Les Rendez-Vous De France!

Thursday 15 October 2015

noun ren·dez·vous \ˈrän-di-ˌvü, -dā-\
: a meeting with someone that is arranged for a particular time and place and that is often secret 
: a place where people agree to meet at a particular time
: a place where many people go to spend time

*source: merriam-webster online dictionary

Assalamualaikum! Bonjour! Amboi-amboi kak Sal kau, speaking Perancis pulak. Dah kenapa? Nak ke sana pulak ke? Jeng jeng jeng!

 Kota Cinta - Paris

Cadangnya memang nak ke sana. Tapi tak tahulah bila. Haishhhh.. propa..propa! Kalau dapat, nak ke sana Jun tahun depan. Ada apa dengan bulan Jun di Perancis?  Ada EURO 2016! Berangan lah kau, Sal! Nak tengok Liverpool kat Bukit Jalil pun harap belas ihsan tiket redeem, banyak duit nak pergi Perancis tengok EURO! Tengok kat TV sudah! Tu pun kalau ASTRO tak jadikan EURO tu pakej berbayar . Kalau diorang buat, mohon semua kaki bola di Malaysia gi baling flare kat office diorang.

Macam biasa, aku memahami korang yang selalu tak boleh hadam bila aku bukak topik bola sepak...Ye, aku bicara tentang bola sepak. Hadap jelah, dah takde idea nak update blog..Citer Melbourne tak boleh laju sangat, nanti orang jemu. Tips ni blogger travel femes yang ajar aku. Update story biar slow-slow. Tak gitu kak JM..hehehe. Gurau je kak, jangan marah ha...

Apa itu EURO? EURO merupakan kejohanan bola sepak empat tahun sekali melibatkan negara-negara dari benua Eropah. Mula dipertandingkan pada tahun 1960, dengan Spain dan Germany merupakan pasukan dengan bilangan kejuaraan paling banyak iaitu tiga kali. EURO yang akan datang bakal diadakan di Perancis, dan melibatkan 24 negara, instead of 16. Kenapa diorang pakai format baru, janganlah kalian tanya aku. Ingat aku tau banyak ke? Info ni semua aku gugel je abang kakak oi..

Sewaktu entry ini ditulis, 20 negara telah layak bertanding di EURO 2016 selepas melepasi onak duri pusingan peringkat kumpulan. Mereka adalah:

Source : UEFA
 
Perancis (Tuan Rumah)
England
Republik Chech
Iceland
Austria
Northern Ireland
Portugal
Spain
Switzerland
Italy
Belgium
Wales
Romania
Albania
Germany
Poland
Russia
Slovakia
Croatia
Turkey
 
Lagi lapan negara perlu melalui perlawanan pusingan kelayakan yang akan ditentukan melalui undian. Lambat lagi, EURO kan tahun depan. 4 negara yang menang secara agregat, akan menyertai 20 negara yang dah layak ke EURO 2016. Lapan negara tersebut adalah:

 Source : UEFA

 Bosnia
Ukraine
Sweden
Hungary
Denmark
Ireland
Norway
Slovenia


My prediction (and hope) layak ke EURO 2016: Sweden (come on la, ada Zlatan Ibrahimovic kot!), Bosnia (Edin Dzeko!! Lagipun, diorang perform masa World Cup 2014), Slovenia (one of my favourite La Liga goalkeeper - Jan Oblak ada kat situ) dan Denmark (Daniel Agger - maaf, saya belum move on. Sampai hati kau biarkan dia pergi, Brendan Rodgers!)

Sayangnya, pemenang tempat ketiga World Cup 2014, Netherlands, gagal melayakkan diri. Digelar 'The Oranje', team yang mempunyai ramai peminat di serata dunia. So, korang kalau ada kawan/suami/boipren/ahli keluarga yang sokong Netherlands, tolong jangan tanya banyak pasal EURO depan diorang. Takut ada yang kena marah nanti. Hehehehe. But, seriously, Belanda kot! 'Total football', what happened to you! Antara team yang mempunyai gameplay dan ball fluidity yang smooth di atas padang.  Dennis Bergkamp, Ruud Van Nistelroy dan Patrick Kluivert antara legend pasukan diorang yang dikagumi ramai.

Aku sokong siapa? Eh, of course lah pasukan abam Torres kesayangan - Spain. Walaupun diorang sangat menghampakan sewaktu World Cup baru ni, tapi aku yakin diorang boleh bangkit mempertahankan kejuaraan. Kali ni  David Villa dan Fernando Torres tak main, digantikan dengan muka-muka baru - Paco Alcacer dan Alvaro Morata! Nah, aku belanja gambar sebab korang dah tabah scroll dari atas, walaupun tak baca..Hihihi.

 Alvaro Morata
Memang syarat utama nak jadi pemain forward Spain kena hensem ke? 


Paco Alcacer


Percayakah anda, dengan membaca entry ini, walaupun anda tak tahu dan tak berminat dengan bola, pengetahuan geografi anda tentang negara-negara Eropah telah bertambah? Contohnya kewujudan negara-negara macam Slovenia, Slovakia dan Albania dan fakta bahawa Ireland terpisah kepada dua, Utara dan Selatan, macam Korea jugak. Ada gak pekdahnya entry aku ni ek...

Till then, thanks for reading! Korang rasa sape bakal juara EURO 2016? Sape jawab Spain, aku sayang lebih! Hahaha.

See you in France! 


Read More

Melbourne Part 3 - Maru Koala Park & Panny's Chocolate Factory

Tuesday 13 October 2015

Assalamualaikum semua! Marilah kita menyambung kisah di Melbourne.

Hari kedua di bumi Victoria, kitorang ke Philip Island! Philip Island agak jauh dari bandar Melbourne. Untuk ke sana, boleh sewa kereta atau booking tour. Boleh book tour  di tourism agency yang bersepah-sepah di bandar Melbourne, tak pun pergi ke Tourism Centre dekat Federation Square . Biasanya orang amik pakej, sekali dengan trip ke Great Ocean Road, tapi dua hari yang berbeza. Dua tempat ni memang masuk kategori 'wajib pergi' untuk pelancong ke Melbourne.

We oll tak drive sendiri, tapi upah seorang Malaysian student ni bawa kitorang ke sana. Siti 'jumpa' dia dekat Instagram. Setlle buat arrangement segala dari Malaysia lagi, tapi pagi nak pergi tu baru first time jumpa. Memang trip kali ni penuh dengan 'Cinta Pandang Pertama'. Hahahaha. Pagi-pagi buta dia dah tercongok kat apartment RZ. Trip kali ni special sikit sebab RZ dan Acik Y pun ikut sekali. Bila ramai tu, meriah lah sikit..Takdelah bosan, aku tengok Siti, Siti tengok aku.. Hurmmmm

Walaupun hari pertama kitorang dirahmati dengan cuaca yang cerah dan panas yang ngam ngam soi, hari kedua ni sejuk lah pulak. Siap hujan rintik-rintik lagi. Cuaca di Melbourne ni sangatlah unpredictable you all!


Destinasi pertama kitorang adalah MARU Koala and Animal Park. MARU not exactly kat Philip Island, tapi on the way. Sampai awal gila, dalam pukul 9 lebih. Park bukak pukul 10 pagi. Hahaha. Perjalanan ke MARU ni dari City mengambil masa dalam sejam setengah.  Bayaran masuk $20 untuk dewasa.

Aku rasa kitorang sampai awal sangat, sebab kanggaru-kanggaru yang ada kat sini semua nampak macam lapar bebenor. Tengok kitorang bawak makanan (beli di kaunter masuk), semua serbu macam zombie. Zombie versi comel!


Tapi yang tudung biru tu paling comel! Hehehe.. Aku sebenarnya takdelah se excited Siti, memandangkan aku dah pernah tengok kanggaru dalam trip ke Gold Coast sebelum ni. Lagipun, MARU agak kecil berbanding Currumbin Wildlife Sanctuary yang aku pergi dulu. Koleksi binatang dia pun tak banyak.


Tempat solat pun ada, tapi jangan expect cam kat Malaysia pulak. Sejadah dan telekung provide sendiri. Open air tu..bumbung pun takde. Hahahaha


Lepas je kitorang keluar dari tempat kanggaru, tetibe tempat ni dipenuhi kanak-kanak tadika. Comel-comel wei, rasa nak bawak balik sorang. Hahaha. Eh..Petugas MARU yang baju kuning tu dok heret apa?

 Adik-adik, nilah Dingo.

Aku sebenarnya was-was nak pegang Dingo ni, sebab ada orang kata hanjing, ada orang kata serigala..

Tapi sebenarnya, bukan nak pegang sangat, cari alasan nak beramas mesra dengan si baju kuning tu je. Comel bak hang! Lagi comel dari semua haiwan yang ada kat MARU ni. Hahaha. 

Lupakan jelah Dingo tu Sal, kang kena samak satu hal pulak. Yelah, sebab ni baru lepas hujan..

Apa atas pokok tu? Bukan teddy bear, tapi haiwan paling bahagia dalam dunia iaitu Koala! Macamana tak bahagia, sehari tidur 23 jam. Bangun untuk makan, 'membuang' dan dot dot dot. Dot dot dot tu apa? Tanya Mak korang lah, kak Sal malas nak explain.

Ini bukan kanggaru ye, tapi Wallabi..

Beza antara kanggaru dan wallabi


Selesai berkenal-kenalan dengan haiwan-haiwan eksotik Australia, kami ke Panny's Chocolate Factory. Jarak antara Maru ke Panny's dalam 24 km. Anggaran 15 minit drive. Kat sana, korang boleh belajar tentang proses pembuatan coklat. Tapi, kitorang ke sana ada satu tujuan je..

Nak makan! Kat Panny's ni ada restoran halal.

Makanan dia sedap lah jugak. Yang penting, korang try signature Hot Chocolate dia! Pekat, melekat.. kalau chocaholic memang wajib cuba.

Lepas Panny's, kitorang ke Cape Woolamai pulak. Aku suggest korang skip tempat ni pun takpe. Sebab takde apa yang special. Tapi...kalau korang nak cari tempat yang agak lengang untuk menunaikan solat, kat sini sesuai. Tapi, amik wuduk siap-siap kat Panny's. Dekat je, drive tak sampai 5 minit.

Masa kitorang sampai sini, terserempak dengan a few locals. One of them kata, tempat ni menarik kalau cuaca panas sebab ada orang surfing dan merupakan port memancing. Tapi, memandangkan hujan rintik-rintik, diorang pun nak pack up joran dan balik.

Seperti biasa, sindrom 'sejuk gila' menyebabkan aku simpan tangan dalam poket sweater. Gambar 'Wakaf' kitorang tumpang solat tu pun tak ambil.

OKlah, nanti sambung lagi ek..

Thanks for reading, lovelies!!!
Read More

Awek kaki bola? Tu semua nak tarik perhatian lelaki je!

Tuesday 6 October 2015

Assalamualaikum dan hola semua! Percayakah anda kelab bola sepak ternama di dunia, iaitu Liverpool telah memecat coach mereka, Brendan Rodgers setelah dikecam hebat peminat dan bekas pemain? As much as I want him to go, still sad to see him leave. Yelah, kena pecat kot..kalau step down dengan bermaruah macam Dick Advocaat atau Dollah Salleh takdelah sedih sangat. Anyway, the damage has been done. Kita tengok jelah siapa bakal gantikan dia. Berdebar-debar nak tahu keputusan ni. Jurgen Klopp? Carlo Ancelotti? Roberto di Matteo? Azman Adnan? Misbun Sidek? Korang rasa... Sape teka tepat aku bagi hadiah. Hihihi.

Thanks Mr. Rodgers. Good luck in your future. Once a Red, always a Red. YNWA!!!

Tolak tepi pasal Liverpool jap, hari ni nak citer pasal 'Awek kaki bola'. Adakah diorang ni attention seeker? Isu ni dibangkitkan oleh satu admin twitter bola sepak Malaysia. Hot giler topik ni, lagi-lagi bila dibuka untuk wanita sahaja, so ramai lah yang keluar meluahkan perasaan. Sekali-sekala borak ngan rakan-rakan 'senasib' memang syok! Somehow, aku perasan gadis-gadis kaki bola ni ada banyak persamaan. Antaranya adalah:

1. Minat bola sebab pengaruh ayah/adik-beradik lelaki.
Kalau kecik-kecik dah pergi stadium, dah join sekaki tengok bola depan TV, dengar nama-nama pemain bola disebut hari-hari, automatik minat tu akan datang. Bola sepak dah jadi 'special bonding time'. Walaupun hari tu gaduh dengan Abang/Adik, start je match, sama-sama kunyah kerepek depan TV.

2.Minat bola sebab pemain hensem
Dah agak dah kan! Rileks, rileks....maksud aku, biasanya ada sorang pemain ni yang trigger curiosity untuk follow bola sepak, tapi later on kitorang terjebak. Most girls baya aku minat bola sebab David Beckham. Well...Beckham is my first football crush, tapi aku jatuh cinta dengan bola sepak sebab Michael Owen! Walaupun abam Owen dah bersara dan jadi pundit sekarang, well, the football obsession continues!

Kenapa kau ni hensem nak arwah, wei!

3."Tengok World Cup je"
Aku ada ramai kawan yang hanya tengok bola time major tournament macam World Cup, Euro atau Copa America. And of course lah game yang ada pasukan Malaysia macam Piala AFF Suzuki atau Sukan SEA. Diorang tak follow liga kelab sebab bagi diorang, kelab ni mostly about money. Kesetiaan boleh dibeli dengan duit, tak macam main wakil negara. Diorang ni kerap digelar 'attention seeker' atau 'tiba-tiba nak minat bola '. Just because diorang tengok bola 2 atau 4 tahun sekali, tak bermakna diorang tak tahu apa-apa! Diorang cuma tak minat liga atau kelab. Korang ni fikiran sempit lahh!

4.Tak berapa pandai bab taktikal
Guilty! Tak ramai peminat perempuan speaks tactical language fluently. Tapi ada hati nak kutuk taktikal Rodgers Kalau ada pun, sangat rare! Walaupun kitorang faham offside, boleh bezakan freekick-penalty-setpiece dan tahu baca formation, tapi bila conversation goes deeper kitorang sebenarnya blur. False number nine? Bola dummy? Pivot attack? Deep midfield? High block? Off position? Errr... Abang borak lah dulu, saya ada kerja sikit...

5.Team saya sokong saya tahu lah..
Itu perkara biasa. Tahu tak orang perempuan ni banyak benda nak fikir. Kalau nak absorb pengetahuan pasal semua kelab dan semua pemain, kat mana kitorang nak simpan info pasal kat mana shopping best, gosip artis dan ilmu rumahtangga. Like I said to a friend once- Mungkin saya tak tahu banyak pasal bola, tapi saya tahu pasal Liverpool. Kesian peminat bola perempuan ni, kalau tak kenal certain pemain terus akan kena condemn, "kata minat bola, .... pun tak kenal!" Ceh, kalau kelab tu kitorang minat, nama budak bancuh sirap pun kitorang tahu lah!

6.Kami bukan lalang!!!
Logik la kan, liga ada banyak. Walaupun sokong kelab Inggeris, bila tengok Liga Itali kenalah sokong kelab dari Itali. Bila team kita suka tak layak ke UCL, kita sokong lah team yang masuk. Kalau team yang kita sokong masa World Cup dah tersingkir awal, support team lain yang masih bertanding. Kejadah apa dah tersingkir kau still berharap team tu jadi juara pulak! Tengok Euro, takkanlah nak cakap sokong Argentina walaupun kat rumah ada poster Messi sebesar pintu. Sah-sah orang kata kau fail geografi.

Takpelah awek-awek bola... Kita sendiri tahu diri kita. Nak tarik perhatian atau truly into the sport. Kita sendiri boleh rasa..bila sejam setengah yang kita spend untuk satu game tu, mampu buat kita lupakan segala masalah and just enjoy the moment. Kita sendiri faham, macamana result sesebuah perlawanan mampu buat kita senyum, atau monyok mengalahkan orang putus cinta. Kita sendiri pernah rasa serba-salah dengan kawan-kawan, bila kita sanggup tak nak keluar malam Sabtu, sebab ada 'game penting'. Kita pun tahu, kalau tak betul-betul minat, takkanlah kita sanggup berjaga malam dan menguap sepanjang hari kat kelas/tempat kerja. Tapi pastu malu nak ngaku tak cukup tidur sebab bola. Yelah, takut kena perli "Sanggup tak tidur nak tengok six pack Cristiano Ronaldo ye...". Pfffft!!!!

Whatever! Lalalalalalalala

So, buat semua wanita yang minat bola di luar sana, tak payah kecik hati dituduh 'Attention seeker' atau 'buat-buat tahu'. Kalau betul kita ni pura-pura, takkan lah kita larat nak pretend sampai bertahun-tahun! Kita tak mintak duit diorang pun nak bayar bil, nak beli jersey dan beli tiket masuk stadium.

Jaga diri, jaga peribadi, girls! Love what you do, do what you love!

So..pendapat korang? Korang rasa awek kaki bola ni attention seeker ke? Awek-awek kaki bola ada pendapat sendiri nak share? Feel free to let me know...Jangan risau, sebab aku ni pandai cakap je, sepak bola pun tak kena. Lol!!!



Read More

Melbourne Part 2 - St. Kilda dan Luna Park

Saturday 3 October 2015

**Flash back kisah di airport sebelum berangkat...**

Muka sememeh aku ni mungkin nampak macam boleh dipercayai, jadinya Ayah dan Mak CT telah menitipkan pesan dekat aku supaya tengok-tengokkan anak dia. Esspecially kat part barang-barang penting, takut CT misplaced. CT pun nampaknya percaya kat aku, suruh aku pegangkan passport dia sampai lah selamat sampai ke airport Melbourne. Pergh...giler. Nasib aku tak jual anak dara kesayangan diorang ni..haha.

Tapi, ramalan Mak Ayah CT agak hampa, sebab aku yang diharap sangat ni rupanya lagi hampeh. Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan goalkeeper, bola leret celah kangkang..

Alkisahnya, masa nak naik tram ke St. Kilda, tetibe aku tak jumpa kad MyKi yang baru merasa tap sekali tu. Habis aku geledah jaket dan beg. Mungkin hilang masa aku sakan bergolek-golek posing. Terpaksa beli baru, burn $20 aku! Melbourne ni leceh sikit. Walaupun kau duduk sehari je kat situ, nak naik public transport dia tetap kena pakai MyKi, bukan boleh bayar kat driver or beli tiket kat machine. Tak macam kat Sydney. Aku paling suka sistem kat Gold Coast. Wajib beli GoCard, tapi boleh refund duit kad dan balance dalam tu kalau dah nak balik.

Oh ye, MyKi ni senang beli dan senang top up. Ada jual di mana-mana kedai.

Takpe, takpe, aku tak nak rosakkan mood aku! Destinasi St. Kilda tetap diteruskan. Kami tunggu tram betul-betul depan Flinders Street Station. Nak ke St. Kilda ni korang boleh naik tram nombor 16 atau 96. Turun di stesen The Esplanade. Nah, link journey planner public transport di Melbourne. Korang just select je destination, dari mana nak ke mana, akan keluar option public transport samada bas, train atau tram.

Ada apa dengan St. Kilda?


Korang nampak tak rumah kat hujung tu? OK, tak silap aku tu muzium.. Belakang lagi dari rumah tu, korang boleh tengok penguin! Diorang akan keluar bermain di celah-celah batu.

Since aku dah pernah tengok penguin masa kat Sea World dulu, so aku takdelah heran sangat. Ewah, sombong bongkak pompuan ni! Tapi aku ni memang suka laut! So, aku take time untuk enjoy the view, walaupun lenguh kaki berjalan ke hujung jeti.

Yang pakai seluar pendek tu, tak sejuk ke?

Sementara Cik CT 'mengejar' penguin, aku duduk atas batu feeling Ombak Rindu melayan perasaan. Gambar takde, sebab aku dah macam orang kena Parkinson. Pegang kamera pun gigil! Iyelah, time keluar lepas zohor tadi matahari mencanak atas kepala, tak expect tetiba sejuk macam ni. Pakai jaket nipis je. Dahlah tepi pantai, dia punya angin jangan cakaplah. Korang nak tengok gambar tunggulah CT update entry ye. Hahaha.

Penguin-penguin tu keluar lepas sunset. Jangan tanya aku siang-siang dia gi mana.

Melbourne city night view from St.Kilda

Dah dapat yang dicari, kita gi tengok Luna Park pulak. Luna Park ni adalah sebuah taman tema dalam kawasan St. Kilda. Aku memang suka theme park, tapi takdelah plan nak naik rides. Lagipun, Luna Park ni bukanlah dibuka sepanjang tahun. Kalau korang nak gi, boleh check jadual kat sini. Kitorang dah tahu awal-awal Luna Park ni tutup, tapi takat nak tangkap gambar depan signboard dia je. Sebab Luna Park ni memang klasik, macam setting cerita hantu zaman 80an. Citer apa entah, yang ada clown gila tu.


Gambar aku!

Jauh kan, beza! Dahla seram!  Luna Park ni dekat je dengan St. Kilda, naik tram 16 or 96 jugak, berhenti kat stesen 'Luna Park'. Senang cari. Tepi jalan je.

Hampa sekejap perasaan. Dasar jimat elektrik! Tapi takpelah, aku pun dah penat, perut pun dah lapar. Kat Luna Park ni takde tram yang direct ke rumah RZ, so kitorang naik jelah tram yang ada. Nombor 16 atau 96 sahaja. Dalam tram aku tertidur. Hampeh tak? Kesian CT kena berjaga takut terlepas station. Kitorang berhenti kat stesen Melbourne Uni dan decide untuk jalan kaki. Ikut gerak hati je. Terer tak kitorang sebab tak sesat. Tapi, agak takut jugak. Sana pukul 9 malam dah sunyi macam kul 3 pagi.

Sampai rumah RZ, kitorang terus makan. Hahaha. Syok lah, Acik Y dah masak. Dia tak ikut kitorang merayap seharian, letih katanya sebab dalam flight tak tidur. Antara kitorang bertiga, aku sorang je yang tidur lebih 5 jam dalam flight dari KL.  Aku senang tertidur dalam kenderaan bergerak, lagi-lagi kalau selesa dan bergerak dalam kelajuan stabil. Hehehe. Korang kalau nak aku jadi co-pilot, mohon drive macam Lewis Hamilton supaya aku tak tertidur. Kalau korang hensem macam Kimi Raikkonen, lagilah mata aku segar. Hehehe. Oit, ingat aku kenal pemain bola je ke!

Sementara RZ dan CT catch up kisah silam, aku dah lena berbungkus selimut dalam kedinginan malam pertama di Keppel Street, Melbourne.

First day wrapped up! Thanks to my travel partner, Siti..We made it walau takat berdua je.

Kalau you all nak baca tips persediaan nak ke Melbourne, terutama yang first time datang Australia, boleh baca kat SINI. Bukan boleh main redah je kan..

Till then, see you next entry! Thanks for reading, lovelies!!!



Read More