Perkara-perkara orang belum kahwin tak larat nak dengar

Tuesday 17 February 2015

Sape sini umur dah agak, ehem, lanjut, tapi belum kahwin? Angkat tangan!!! Eh, Akak belum kahwin? Akak pun? Awak kat sana tu..takkan takde orang nak? Nak kahwin dengan saya tak? Hahaha..kidding!

Aku belum kahwin. Dan aku ada ramai cousins dan kengkawan yang belum kahwin. Kitorang OK je,life macam biasa. Tapi, kadang-kadang ada jugak gangguan dari orang-orang sekeliling yang membuatkan kitorang stress. Sekali-sekala bolehla terima. Dah 2,3,4 kali kala rasa nak bertukar jadi Superman Hulk je. Ada beberapa perkara-perkara yang  orang belum kahwin (especially pompuan) malas nak dengar..

1.Kau ni tak nak kahwin ke?

Kebangangan apakah ini? Sape tak nak kahwin oi...Kalau dah namanya manusia normal, mestilah ada naluri nak disayangi dan menyayangi. Tak ada sape yang nak mati reput sorang diri dalam sebuah rumah dikelilingi kucing-kucing yang in the end makan mayat tuan dia sebab lapar. Banyak sangat tengok CSI aku ni!


2.Kau ni memilih kot...

Pfft! Hidup ni penuh dengan pilihan. Nak breakfast roti canai ke coco crunch? Nak pakai baju pink ke baju hitam? Nak beli kereta kena pilih. Nak kerja,kena pilih. Tapi kereta kalau dah jemu, boleh tukar. Kerja kalau cam haram, boleh berenti. Tapi,kahwin ni untuk seumur hidup. Memilih tu lagi baik dari main 'tangkap muat'.

3.Si polan bin si polan tu belum kahwin. Nak tak aku jalankan je?

Ini golongan makcik-makcik yang scary. Yang buat kau rasa nak menyorok belakang mak kau setiap kali dia bukak mulut pasal status bujang kau. Sebab dia berani cakap something yang mak kau pun berkerut dahi dengar...Seriously,woman,mind your own business!!!

4.Kau tunggu .... (insert celebrity name) ke ?

Kau jawab je soalan tu macam ni:" Haahla, mana tahu ni.. Rasanya lagi 10 tahun cukup duit saya nak pinang dia."

5.Bila nak kahwin?

Life doesn't run on schedule. Tak semua orang hidup dia semudah lahir-g sekolah-masuk u-dapat kerja-kahwin-dapat anak-dapat cucu-the end. Tak,Allah atur hidup seorang hamba dengan seorang hamba lagi berbeza-beza. DIA lagi tahu bila masanya. Bila masa tu sampai, adalah nanti. Kau suka ke orang tanya,bila kau nak mati?

6.Kau still tak boleh lupakan ... (insert nama cinta lama)?

Bukan senang nak lupakan orang yang pernah kita sayang. Bukan sebab kita masih berharap, tapi nak rasa feeling yang sama dengan orang yang berbeza bukannya mudah. Kadang-kadang bila ingat balik, rasa tak sanggup je nak frust lagi sekali, go through the same heartbreak all over again.. Serik dah.


7.Sabarlah,nanti ada...

Eh, kitorang sabar. Siapa kata kitorang tak sabar. Korang je yang suka assume kitorang lonely. Tak dinafikan, ada golongan single yang nampak cam desperate sangat nak kahwin. As if finding a husband/wife is the main reason they woke up every morning. Tapi, bagi aku, tak salah.. Hak dia. Jangan dia kacau bini orang, tunang orang lantak dia lah. Tapi majoritinya lebih suka sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seharian. Sebab kami percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Hamba-Nya.

So,my advice to all my single friends...buat tak tau je. Tapi korang jangan la duduk melopong je seolah-olah siling rumah korang akan terbuka dan jodoh korang akan jatuh atas riba.Tak salah berusaha. Yang penting,bila harus memilih, doa banyak-banyak moga itu pilihan terbaik..Wah,aku bab nasihatkan orang memang pandai la kan!

Tapi kepada yang terasa dengan entry aku, maaf. Aku faham maybe korang nak tengok kitorang bahagia. Aku faham gak kalau korang jeles tengok kitorang hidup bebas bagaikan camar pulang di senjakala. Eh...Tapi,kurang-kurangkanlah cakap benda-benda yang boleh buat orang-orang belum kahwin ni bengang je dengar. Kesian kat kitorang, walau luaran nampak cam happy hahahaha, dalam hati kitorang terguris orang tak tahu. Life kitorang nampak meriah, travel sana sini, beli apa je kitorang nak, berjimba-jimbut tanpa perlu mintak izin sesiapa, tapi kebahagiaan tu kau takkan nampak dengan mata.

Dunia gamat bunyinya, sunyiku hanya Tuhan tahu

Read More

Review : Jupiter Ascending

Wednesday 11 February 2015

I have more in common with a dog than with you, Your Majesty...

I like dogs! I've always love dogs!


Aku, sama macam jutaan yang menonton filem ni, datang kerana dua nama tu : Channing Tatum dan Mila Kunis. Dah lama tak tengok either one of them beraksi di pawagam, terutamanya Tatum. Minat dia since filem Step Up dan She's The Man. Renungan mata kaler hijau dia tu, terus sampai ke kalbu tau. Ini soal citarasa, kak MD tak faham...hehehe.

Sinopsis: 
Filem ini mengisahkan Jupiter Jones (Mila Kunis) yang tersepit dalam perebutan ke atas planet Bumi antara tiga beradik dari kerajaan Abrasax iaitu Balem, Titus dan Kagil. Balem telah menghantar sekumpulan askar alien untuk membunuh Jupiter, tetapi telah diselamatkan oleh Caine Wise (Channing Tatum), askar manusia dengan DNA serigala. Caine telah diupah oleh Titus, untuk membantu Jupiter. Dari situ, bermulalah pengembaraan Jupiter ke angkasa lepas untuk menuntut haknya sebagai waris diraja kerajaan Abrasax. Tapi apa yang diorang tak tau, tiga beradik tu masing-masing ada perancangan sendiri. Somewhere along the mission, Jupiter dan Caine jatuh cinta, tapi layak ke askar upahan nak bercinta dengan permaisuri? Siapa sebenarnya yang jahat antara tiga beradik tu? Apa yang best sangat planet Bumi ni sampai jadi rebutan? Kenapa dalam berbilion manusia kat bumi ni diorang pilih Jupiter Jones? Nak tau cerita, pergilah tengok sendiri ye..hehehe.

My Review:
Dari segi visual effect dan scene battle memang takde masalah. At some point aku siap terfikir, ni filem Michael Bay ke? Dah roll credit baru tau ni filem adik-beradik Wachowski. Jalan cerita dia awal-awal memang agak complicated, tapi bila dah sampai tengah barulah faham. Skrip dia menepati skema filem sains fiksyen, tapi ada jugak babak-babak kelakar. Channing Tatum ngan Mila Kunis bagi aku bukanlah pasangan yang serasi sangat. Bolehlah layan filem ni kalau korang suka filem ala-ala John Carter, Thor the Dark World dan Guardians of the Galaxy. Aku bagi 3.5 bintang.

p/s: Nasib baik sempat tengok cerita ni sebelum Cinta keluar.
Read More

9 tips berguna untuk Student Intern

Friday 6 February 2015

Minggu ni opis aku dapat sorang budak intern baru. Rasanya baru hari tu buat makan-makan untuk student yang baru habis internship, ni dah dapat intern baru lagi.

Personally, aku sendiri tak pernah merasa jadi intern. Course aku dulu tak payah buat praktikal, tapi kena buat Final Year Project selama setahun dan latihan industri sewaktu cuti sem. Tapi, selama 6 tahun aku bergelar wanita bekerjaya ni (cewah) dah macam-macam intern aku hadap. Alhamdulillah, so far semua OK, kalau ada nakal-nakal sikit tu, biasalah bebudak.

Idea nak buat entry ni datang masa aku baca blog Zarul Farhana yang sedang buat internship. Lepas tu, terbaca pulak kat blog Aku Penghibur tentang 10 perkara pelajar praktikal kena ambil tahu. Yang ni version aku, dari pengalaman aku sendiri.So, kat sini aku nak share kat korang tips-tips berguna agar dapat menjadi budak intern yang cemerlang, gemilang, terbilang...hehehe

1.Hormat semua orang
Semua means pak guard, akak kantin, bos-bos besar, staf department lain, customer, intern lain dan yang pasti, supervisor korang dan staf-staf lain dalam department. Insha Allah korang akan disenangi ramai dan boleh bekerja dengan selesa. Jangan kekwat ye, lagi-lagi dengan staf lagi senior.

2.Be punctual
Datang on time dan balik slightly lewat by few minutes. Jangan lah lagi 15 minit kul 6 korang dah pegang beg siap-siap dan dah tutup PC.  Ikut waktu rehat yang dijadualkan. Jangan ikut perangai staf-staf yang memang kerja situ.


3.Jangan memandai
Kalau tak sure, tanya, dan bila orang ajar something, jangan menyampuk. Sesetengah orang tak suka. Tapi tu tak bermakna korang tak boleh contribute idea. Trust me, kitorang suka 'Idea Orang Muda' asalkan disampaikan dengan bersopan.

4.Ada personal barrier.
Ada benda boleh cerita, dan ada benda better simpan saja. Jangan tanya soalan peribadi macam umur, status perkahwinan dan pandangan politik. Buatnya korang tertanya akak umur 40 tahun tu "Anak dah berapa?" padahal dia belum kahwin, tak ke haru. Unless diorang yang bukak cerita dulu, then go ahead. Tak salah nak bersosial dan berborak benda-benda luar kerja asal jaga batas korang.

5.Social media
Facebook, twitter, instagram, blog...Kalau boleh jangan biar diorang tau akaun media sosial korang. Walaupun social media korang 'clean'. Almaklumlah anak-anak muda macam kalian ni berkemungkinan tinggi akan pissed off dengan tempat korang buat internship dan 'accidentally' terpost kat blog, twitter or FB. Terlajak kata boleh diundur. Terlajak post...jawablah sendiri!

6. Buat apa saja kerja yang disuruh
Asalkan tak melanggar batas agama dan hak asasi manusia,then why not. Biasalah tu kalau kena buat kerja remeh macam fotostat, pergi hantar dokumen, taip surat.Macam dalam cerita kungfu , start belajar mesti buat benda-benda remeh yang macam takde kena-mengena. Korang tak tengok Dragon Ball ke? Karate Kid? Drunken Master?

7.Kalau takde kerja...
Kalau kat tempat kerja aku, intern ada jadual. Contohnya kalau this week korang kena assign kat certain unit, unit lain tak boleh nak sesuka hati mintak korang tolong kerja dia. Melainkan dengan persetujuan bersama. So, kalau unit yang korang kena assign tu takde kerja nak bagi, tanya diorang kot korang boleh tolong unit lain. Kalau supervisor korang kata OK, then pergilah ramahkan diri tanya. Tips: mintak kerja dari Eksekutif Junior. Biasanya diorang ada kerja 'remeh' yang takde staf nak tolong. At least tolong staple kertas pun OK apa dari menganga.

Certain tempat memang ada 'slow days', tapi bila start busy, korang jangan mintak nyawa plak!


8. Kalau takde kerja gak boleh try alternatif ni:
- tulis laporan harian
- browse work related articles kat internet. contohnya, kalau company korang tu jual plastik, korang google lah jenis-jenis plastik, cara recycle plastik atau apa-apa jelah..
- explore website company internship korang tu. Most company ada website diorang sendiri. Takdelah bila Mak kat kampung tanya nama CEO korang membisu seribu bahasa Sanskrit. Malu kot tak boleh jawab.
-kalau tempat praktikal korang tu ada ruang pameran ke, kilang ke, perpustakaan ke, mintak izin nak gi tengok-tengok. Provided korang tak sesat lah..
- bukak website cari kerja/ update resume
- gi pantry tolong basuh cawan ke, lap meja ke. 

9.Amik contact number your supervisor
Manalah tau kalau korang lambat, sakit tak dapat datang or ada emergency, at least boleh contact someone. Takdelah hilang dari radar. Boleh buat orang annoyed walaupun tak disengajakan.

So far, tu saja dari aku. Korang ada nak tambah, tulislah di ruangan komen. Have a great internship, boys and girls! Good luck and have fun!

Credit : Google Image. The Internship, filem ni memang best!


Read More

8 filem Melayu 80-an favourite aku

Wednesday 4 February 2015

Sebut saja filem Melayu 80-an, apa yang akan terbayang di fikiran korang? Kalau aku, automatically akan nampak flashes of fesyen rambut kembang, seluar ketat, mekap tebal dan lagu-lagu pop jiwang atau rock kapak.

Tak ramai golongan muda yang suka filem-filem 80-an ni. Mungkin kerana cara bercakap macam baca skrip dan jalan cerita yang predictable. Pastu some of the cast bukannya pandai berlakon pun. Probably diorang diangkat sebagai hero atau heroin kerana populariti sebagai penyanyi, sebab diorang 'ada rupa' atau berani beraksi daring.

Aku dilahirkan dalam tahun 1980-an. Masa kecik-kecik manalah pandai tengok filem, tengok kartun tahulah. Back in the 1990's, masa aku sekolah rendah, stesen-stesen TV selalu tayang filem-filem 80-an time hari raya. Sekarang pun ada gak ditayangkan kat TV atau melalui Astro. Actually, aku dapat idea buat entry ni masa tengok salah satu dari 8 filem ni.Ce korang teka yang mana satu?

1.Bukit Kepong

Filem yang dibuat berdasarkan kisah benar - Tragedi di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada tarikh 23 Februari 1950 di mana balai polis tersebut telah diserang oleh komunis. Antara pelakon utama filem ini adalah Tan Sri Jins Shamsuddin dan Dato' Yusof Haslam. Filem ni walau tak sehebat filem-filem perang orang putih, namun korang kena tengok sebab ia adalah filem sejarah. Oh by the way, tapak balai polis ni ada lagi, aku pernah tengok sekali masa kecik dulu. Lama rasanya tak ke Bukit Kepong walaupun ramai sedara kat sana *off topic plak!*



2.Kami

Kekuatan filem ni of course pada soundtrack dia, yang menggunakan lagu-lagu Allahyarham Sudirman Hj.Arshad memandangkan Allahyarham merupakan pelakon utama. Filem tentang persahabatan dan survival dua orang anak gelandangan kat Kuala Lumpur yang sure boleh bikin nangis daa.. Al -fatihah untuk Allahyarham Sudirman Hj.Arshad

3.Rahsia

Filem lakonan Norkumalasari, Shukery Hashim dan Yusof Haslam. Seram wei, filem ni boleh membuatkan 'Nang Nak' nampak cam filem untuk budak-budak je. Serius! Anak patung dia lagi angker dari 'Annabelle'. Aku tengok sekali je, 20 tahun tak habis takut lagi.

Kalau korang berani, tengoklah filem 'Misteri Rumah Tua'. Diorang kata ni lagi seram. Sebab ni filem Indonesia. Norkumalasari antara pelakon utamanya. OK, next!!!

4. Ali Setan

"Tipah tertipu bang, Tipah tertipu!".

Ali tengah dok fikir, siapalah yang telah menipu Tipah sehingga Tipah tertipu, tertipu terTipah

Filem komedi romantik lakonan Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud yang memang sweet. Part favourite aku masa Ali troll Asmidar kira kunci kat bilik dekan. Memang nostalgic zaman aku belajar kat USM dulu gigih ajak kawan-kawan usha tempat-tempat diorang shooting babak dalam filem ni. Tinggal kenangan jelah..pokok yang diorang ukir-ukir nama tu takde dah.

Too bad Ali Setan 2 tak best! Watak Asmidar pun digantikan dengan pelakon lain.

5. Azura

Filem asal lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud ye, bukan remake yang ada Neelofa tu. Ait, Ogy lagi? Percayalah, walaupun in real life dia nampak macam over, tapi dari dulu sampai sekarang, lakonan kak Ogy tak pernah mengecewakan aku. Dia mewarisi kecantikan Allahyarhamah Saadiah dan merupakan pelakon yang sangat versatile.

6.Mat Gelap

Yang ni aku cheating sikit, sebab actually ia ditayangkan di pawagam pada tahun 1990, tapi aku assume dia mesti shooting dalam tahun 1989. Kan? kan? Hahaha. Filem lakonan Imuda, Liza Othman, Zahim Albakri ni agak unik ia digabungkan dengan animasi kartun lukisan Imuda sendiri. Rasanya, ni filem Melayu pertama yang buat percubaan macam ni. Apa kau ingat Imuda pandai nyanyi lagu "Rilek Brader" sahaja kah? Dia dulu hero filem tau!


Terasa tua bila buat lawak "Bosan tahap Mama Bosan", tapi adik-adik tak faham .OK, sedih!

7.Mekanik

"Orang putih ke, orang biru ke, orang coklat ke..kan kita semua orang Malaysia"

Dialog legend Susan Lancaster. Dak-dak sekarang kenal ke Susan Lancaster ni? Ala, yang bawak watak Kak Ngah dalam drama Keluarga Iskandar tu... Dalam filem ni turut terdapat cameo by Allahyarham Mokhtar Dahari. Hero filem Mekanik ni, Azmil Mustapha jugak. La ni, katanya dah join tabligh.

8.Darah Satria

Oh, ini bukan komik kungfu ala-ala Pedang Setiawan atau Dendam Kesumat yang harga $2.50 tapi ramai sanggup kumpul duit belanja sebab nak beli tuh. Ni filem perang lakonan Aman Shah masa muda. Hensem woooo dia ni dulu-dulu. Sekarang pun hensem lagi, cuma agak gems. Hehehe.

Filem-filem atas ni senang je nak jumpa kat youtube. Pandai-pandai lah cari. Mungkin boleh mengenang nostalgia zaman muda kalian. Hahaha, tuan punya blog tak bertanggungjawab jika ada jiwa yang kacau nanti ye.

p/s: Gila-gila Remaja tak masuk list sebab aku kureng sikit filem tu, hahaha. Hati kau keras, Sal!

Till then, thanks sudi baca. Pendapat u olls?


Read More