Umrah Part 7 - Hari-hari terakhir di Tanah Haram Madinah

Thursday 23 May 2013

Recap..
Day 10- 9 May

Pagi ini rombongan kami dibawa untuk ziarah Madinah. Tempat pertama yang kami pergi adalah Masjid Quba'. Dalam perjalanan, bas kitorang melalui perkuburan al-Baqi', tempat di mana isteri-isteri Nabi, puteri-puteri Nabi, ahli keluarga, para sahabat dan ahli Madinah disemadikan. Antaranya Saidatina Aisyah dan Saidina Uthman bin Affan. Tapi kami hanya berkesempatan untuk tengok melalui pagar yang tinggi. Perkuburan di Madinah, sama macam di Mekah. Hanya ada dua ketul batu sebagai nisan. Tanpa nama atau sebarang ukiran. 

Salah satu keistimewaan Masjid Quba' ni adalah kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda, bahawasanya sesiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi bersolat di Masjid Quba akan diberikan pahala satu kali umrah. Makanya we all pun cuba memelihara wuduk dari hotel sampai selesai solat sunat di sini. Alhamdulillah..Moga amalan kami diterima Allah.



Next stop...Ladang Kurma..Pokok kurma ni sekali tengok macam pokok kelapa sawit je. Katanya, tanah di Madinah ni subur. Hampir setiap rumah penduduk Madinah ada pokok kurma.

Entrance ke Ladang kurma..excited betul Mak walaupun demam.Hehe...


Underneath pokok kurmak I will wait for you.

Selesai di Ladang Kurma, kami menuju ke Jabal Uhud, lokasi terjadinya Perang Uhud yang mengorbankan kira-kira 70 syuhada. Antaranya adalah bapa saudara Rasulullah s.a.w, Saidina Hamzah. Beliau dibunuh oleh seorang hamba dan kemudian dada beliau dirobek dan hatinya dimakan oleh seorang perempuan kafir bernama Hindun. Ish, gila betul perempuan tu kan.Mintak jauh!

Jabal Uhud

Di hadapan perkuburan para syuhada

On the way balik ke hotel, bas kitorang melalui Masjid Qiblatain atau Masjid Dua Kiblat. Diriwayatkan, sewaktu Rasulullah s.a.w sedang mengimamkan solat Zohor, turun wahyu supaya kiblat ditukar dari Baitul Maqdis ke Kaabah. So, Nabi pun berhenti sejenak kemudian menyambung solat dengan menghadap ke Kaabah . Sayang pulak tak singgah, tapi takpela coz Ustaz Ali kata pahala solat di sini sama je macam di masjid-masjid lain. 

Kitorang lalu gak kat Masjid Khandaq. Aku tak berapa clear tentang sejarah Masjid ni, tapi aku ingat la pernah belajar tentang Perang Khandaq. Khandaq means parit. Salah seorang sahabat Nabi bernama Salman al-Farisi mencadangkan parit dibina sebagai kubu bagi menghalang kemaraan tentera musuh. Dengan izin Allah tentera Islam telah menang perang tersebut.

Masjid Qiblatain

Sebelum sampai hotel, kitorang berhenti kat Pasar Tamar. Untuk apa lagi, beli kurma lah, takkan beli durian pulak..haha (bad joke!).Selain dari kurma, boleh gak beli buah Tin, kacang-kacang dan kismis. Peniaga kat sini tak kedekut. Just say the magic word, "Halal?" dan kita boleh rasa walaupun tak nak beli.



Sampai hotel sebelum zohor...alhamdulillah. Tapi waktu ni dah start rasa tak best sebab esoknya nak kena balik. Alaaaaaaaaaaa.........



Day 11- 10 May

Hari terakhir di Madinah, means hari terakhir trip ni. Beratnya hati nak tinggalkan tempat ni. Pagi tu lepas kemas beg, kitorang ke Masjid Nabawi untuk ziarah Wida' atau ziarah selamat tinggal. Mana yang berkesempatan dapatlah pergi Raudhah tapi orang perempuan tak pergi, takut makan masa pulak kat sana.

Dalam pukul 10.30 pagi , kitorang berangkat ke Lapangan Terbang Prince Mohammed bin Abdul Aziz. Dekat je, dalam 10 minit dari hotel. Ahamdulillah, urusan di imigresen takde masalah, dan kesilapan teknikal menyebabkan rombongan kitorang dapat free seating dalam flight. Luggage plak ditimbang as whole, bukan individual, so semua terselamat dari masalah excess baggage. Blessing in disguise *senyum lebar*

The Airport

Penerbangan dari Madinah makan masa dalam 8 jam 15 minit. Flight kitorang take off dalam pukul 3.30 petang waktu Madinah. All the way to KL aku rasa aku tidur 2 jam je. Yela, sebab kalau ikutkan itu bukan waktu tidur masa kat Madinah. Sampai KL pukul 5 pagi, kat Mekah baru 12 tgh malam. Alhamdulillah, rombongan kami sampai dengan selamat. Selepas solat subuh, bas NSTP dan Sri Pentas pun datang jemput kitorang di KLIA.

Seriuously kalau ikutkan aku, 7 'episod' ni pun tak cukup untuk cerita apa pengalaman di Mekah dan Madinah. Rasa nak share semua gambar, semua yang aku lihat dan semua orang yang aku jumpa. Lepas pergi sana aku rasa macam tulah tempat paling best dalam dunia, kalau boleh nak pergi tiap-tiap tahun. Semoga kita semua berpeluang menjadi tetamu Allah, seelok-eloknya pada usia muda. Amin...

Dah daftar haji belum?
Read More

Umrah Part 6 - Masjid Nabawi

Wednesday 22 May 2013

Previously....
Part 5
Part 4
Part 3
Part 2
Part 1

Day 9- 8 May

One thing about berada di Mekah dan Madinah, nak bangun pagi takdelah sepayah di tanah air. So, pagi pertama kat Madinah, walaupun ngantuk dapat jugak aku gagahkan diri untuk ke Masjid Nabawi sebelum azan Subuh. Rupanya masjid tersangatlah dekat dengan hotel, tak sampai 70 meter kot.

Suasana di Masjid Nabawi lain dengan di Masjidil Haram. Jemaah lelaki dan perempuan masuk melalui pintu yang berbeza dan ada petugas yang akan periksa beg untuk memastikan jemaah tak bawak masuk barang-barang-barang terlarang. Apa yang terlarang, aku pun tak sempat nak selidik.

Selesai solat Subuh, kitorang pun balik ke hotel untuk sarapan dan lepas tu berkumpul di lobi untuk ziarah ke Raudhah dan makam Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab. Peraturan di Nabawi, jemaah wanita ada waktu-waktu tertentu untuk masuk ke Raudhah. Kalau lelaki, anytime. At first aku macam tak puas hati jugak. Mutawwif kitorang memberi penjelasan yang peraturan tersebut dibuat kerana kaum wanita cenderung melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada 'fitnah'. Contohnya menangis bagai nak rak dan memeluk makam-makam dan mimbar. 

Once aku dah masuk ke dalam Raudhah barulah aku faham, sebab aku kan pompuan. Hati pompuan ni mudah tersentuh. Anyway, aku bersyukur dapat solat sunat dan berdoa di sini. Walaupun tak dapat lihat makam Rasulullah secara direct, tapi dapat sampaikan salam dari kenalan dan saudara yang berkirim pun jadilah. Banyak lagi cara nak tunjuk sayang kita pada Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya, banyakkan berselawat dan mengikut sunnah baginda. Wah, ayat cam ustazah!

P/s: Sorry takde gambar lah uolls coz orang sangat ramai dan aku takut kamera tak dibenarkan dibawa masuk ke Raudhah.

Ni view dari tingkap bilik, boleh nampak bandar Madinah (jauh la jugak, gambar ni aku zoom) dan hotel-hotel lain yang serius 5 star!

Ni pulak Masjid Nabawi.



Madinah pun sama macam Mekah, ramai peniaga depan masjid terutama lepas waktu solat. Nasib la Mak tak berapa sihat, so kitorang takdelah jalan-jalan sangat kat kedai-kedai kat sini. Kalau tak, mau senget kapal terbang dengan luggage kitorang je.

Kubah ni akan terbuka menjelang Maghrib sampailah pagi hari berikutnya.


Tangkap gambar sikit-sikit je takut kantoi ngan 'pengawas'

Waktu malam payung-payung kat luar tu ditutup

Sampai sini jelah kot...nantikan episod akhir entry pasal umrah ni k..

Read More

Umrah & Ziarah - Part 5

Tuesday 21 May 2013

Before you begin...
Part 4
Part 3
Part 2
Part 1

Day 6 -5 May

Pagi ni kami dibawa ke Miqat Tan'im, miqat yang paling hampir dengan Masjidil Haram., kira-kira 7 kilometer. Bas yang kami naik ni company yang sponsor. Thanx a bunch company ku sayang!!! Kebiasaannya jemaah menaiki teksi atau van sapu untuk ke sana. Kat Mekah ni kereta sapu diorang pun Toyota Vios tau..gila kentang!

Masjid Saidatina Aishah di Miqat Tan'im
Selepas berniat ihram, kami pun pulang ke hotel dan seterusnya menunaikan umrah.

Dinner Nasi Mandi..serius sedap!!Aku amik lauk kambing
Day 7 -6 May

Hari-hari terakhir di Kota Mekah...rasanya memang sayang giler kalau tak buat umrah untuk kali terakhir for this trip. Hari ni pun sama macam hari sebelumnya. Dalam pukul 7 pagi, kami bergerak ke Tan'im untuk berihram dan selanjutnya menunaikan umrah. Waktu ni rasa sedih dah mula menyucuk hati. Sambil tawaf dan sai'e tu hati berdoa, "Janganlah kau jadikan ini umrah terakhirku Ya Allah. Jemputlah lagi aku sebagai tetamu tanah suci-Mu ini".
(Tengah taip ni pun rasa sayu je)..

Selepas selesai sai'e
Suasana dalam Masjidil Haram (saf wanita) menjelang waktu solat
Berada di khalayak jemaah Islam dari segenap pelusuk dunia adakalanya menakjubkan. Sebab masa nilah dapat tengok gelagat orang yang macam-macam. Cara sembahyang berbeza mengikut mazhab tapi tetap ikut  Imam yang sama, mengadap Kaabah yang sama, menyembah Allah yang Esa. Hati aku terdetik jugak, Islam ni sebenarnya 'bangsa' yang kuat, tapi mengapa masih ramai umat Islam serata dunia yang tertindas? Negara-negara Islam kaya-raya, tapi masih ramai umat Islam yang kebuluran? Entahlah, mungkin ini dugaan Allah untuk mereka, dan untuk kita. Wallahu'alam.

Day 8 -7 May

Hari terakhir!!!!Huhu..rasa macam baru je sampai, dah kena tinggalkan kota Mekah, kota kelahiran Rasulullah s.a.w. Ikutkan memang tak nak balik, sebab kat sini kau jumpa ketenangan yang kau tak pernah dan tak akan rasa walau kat pelusuk alam mana pun kau pergi.

Tapi, nak buat cmane...takkan nak jadi pelarian pulak kat sini..huhu..Selesai makan tengahari dan solat Zohor, kitorang pun mengerjakan tawaf Wida', atau tawaf selamat tinggal. Tawaf ni hukumnya wajib kecuali disebabkan keuzuran. Selesai tawaf Wida', kitorang pun check-out hotel dan bergerak menaiki bas untuk berziarah ke Madinah pulak..Perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Itu kalau naik bas/kereta. Bayangkanlah Rasulullah dulu berhijrah ke Madinah naik unta. Merentasi padang pasir lak tu..Besar sungguh pengorbanan junjungan kita demi menegakkan syiar Islam.Em, sumbangan kita apa ek? *krik....krik...krik..*

Driver bas kat Tanah Arab ni bukan macam kat Malaysia, berhenti R&R bagai..Driver bas kitorang ni cam tak nak berhenti je walaupun masing-masing dah gelisah sebab nak 'membuang' dan kitorang belum solat Asar lagi. Tahan kot dia drive sorang-sorang berjam-jam!

Akhirnya kitorang berhenti la kat satu masjid ni. Tetibe hujan turun dengan lebat. Maka berlari-lari we all sambil menutup kepala dengan beg sebab bas berhenti jauh dari masjid tu. Tapi orang Arab steady je berdiri dalam hujan sambil berkata, "Barakah! Barakah!". Haha, bro, orang Malaysia memang 'takut' hujan. So, merasa la hujan kat Madinah. Tapi hujan diorang sekejap je, dan drops dia macam 'tajam'. Sejuknya jangan cakap la..nasib baik masjid tu warm dan selesa.

Langit mendung pertama aku tengok selama kat Tanah Arab nih..
Lepas hujan, kejap je mentari muncul kembali
Lepas berehat sekejap, perjalanan diteruskan. Dalam bas aku banyak tidur je, apatah lagi menggigil kena hujan. Lagipun, cermin bas ni tinted, nak tangkap gambar pemandangan kat luar pun tak lepas.

Bas tiba di Tanah Haram Madinah menjelang malam. Sama macam kat Mekah, tanah haram ni strictly for Muslims only! Sangat digalakkan untuk banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.  Masa ni rasa sayu je..

Kitorang sampai kat hotel ngam-ngam azan Isyak tengah berkumandang dari Masjid Nabawi. Hotel kitorang namanya Royal Dyar, which totally live up to its name!!Coz memang serius royal! Aku pun terkejut, ingat salah hotel ke apa..


Somehow malam tu aku tak berapa tidur sebab dah lama sangat tido dalam bas...atau sebab selera aku tak dapat menerima menu ala-Arab di cafe' hotel. Huhu...takan nak request sambal tumis ngan asam pedas pulak kan! Tak macam Hotel Mira Ajyad di Mekah, pekerja di sini majoritinya orang Arab. Tapi akhirnya aku terlelap jugak kat katil empuk itu...

Next entry aku story pengalaman kat Madinah pulak ye..Thanx for reading!!!
Read More

Umrah Part 4 - Muzium Mekah dan Ladang Unta

Saturday 18 May 2013

Baca dulu:
Part 3
Part 2
Part 1

Day 5 - 4 May

Kami dibawa menziarah Muzium Mekah pada hari ni. Kat muzium ni dipamerkan artifak sejarah mengenai Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Walaupun tempoh lawatan dihadkan, tapi muzium ni 'cool' sebab boleh tangkap gambar.

Pintu depan Muzium

'History on Demand'

Telaga zamzam dolu-dolu..

Selesai lawatan di sini, kami menuju ke Miqat Hudaibiyah pula untuk berihram bagi yang nak menunaikan umrah.

Lepas tu kitorang singgah di Ladang Unta..


Tak ada di Malaysia, haruslah kami semua menjadi jakun sekejap

Kalau nak beli susu unta, ia dijual dengan harga 5 riyal sebotol. Susu unta kat sini memang fresh..means lepas perah dia terus tuang dalam botol untuk diminum. Tak ada bau, tak ada rasa sebab yang busuk adalah taik unta, bukan susunya..hehe. Susu unta dikatakan bagus untuk orang yang ada lelah. OK lah, aku minum sikit je takut perut meragam masa nak buat tawaf lepas tu. Kalau nak bawak balik kena letak dalam freezer sebab nama pun susu segar, bukannya UHT.



Kemudian we all pun balik ke hotel untuk menunaikan umrah..Alhamdulillah, kali ni pun dapat diselesaikan  tanpa banyak halangan.
Read More

Umrah & Ziarah - Part 3

Thursday 16 May 2013

Assalamualaikum...gigih betul aku menaip kat sini sejak balik umrah ni kan? Lepas gian actually sebab lama tak blogging. Lagipun, aku excited nak cerita pengalaman aku kat Tanah Suci kat korang semua. Biar korang semua excited nak gi jugak. So, before proceed, baca la dulu Part 2 and Part 1.

Day 3 - 2 May

Hari ketiga di Kota Mekah, rombongan kitorang dibawa untuk ziarah. Sadly, aku lupa check bateri, so tak dapat tangkap banyak gambar sebab kamera dah kong. Takpelah, tempat-tempat ni korang boleh google image je.

Tempat pertama yang kitorang pergi adalah Jabal Tsur. Kat sini ada Gua Tsur, tempat Rasulullah s.a.w bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar semasa perisitiwa hijrah ke Madinah. Kagum dengar cerita tentang puteri Saidina Abu Bakar bernama Asma' mendaki bukit dalam keadaan hamil demi nak hantar makanan kepada ayahanda beliau dan Nabi s.a.w. Teringin nak jadi seorang wanita 'kuat' dan teguh macam Asma'.

Lepas tu kitorang ke Padang Arafah pulak, tempat jemaah haji wukuf pada 9 Zulhijjah tiap-tiap tahun. Kalau bukan musim haji, tempat ni biasa je, tapi kalau musim haji penuh dengan khemah-khemah dan jemaah haji dari segenap pelusuk dunia. Kat sini terletaknya Jabal Rahmah, diriwayatkan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas masing-masing dicampak ke muka bumi. Tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa terutama dalam soal *ehem* jodoh. Tapi bagi aku, bukan yang belum kahwin je patut berdoa kat sini. Yang dah kahwin, beranak-pinak hatta bercucu sekalipun kenalah berdoa supaya keluarga aman dan tak berpecah-belah. Barulah bahagia dunia akhirat, tak gitu Pak Munawer?


Caya tak aku panjat sampai atas? Kat puncak Jabal Rahmah didirikan satu tugu putih. Ada gak manusia yang taksub , gi berdoa megadap batu.. Sepatutnya kita berdoa mengadap kiblat. Pada Allah yang Esa.

Selesai di Jabal Rahmah, kitorang dibawa melihat tempat-tempat yang menjadi 'persinggahan wajib' jemaah haji seperti Mina, Mudzalifah dan tempat melontar jamrah. Tapi tak turun, tengok dari dalam bas saja. Kemudian terus proceed ke Miqat Jaaranah untuk berihram. On the way balik, lalu Jabal Nur, di mana terdapatnya Gua Hira', tempat Rasulullah s.a.w mendapat wahyu pertama.

Bas kami sampai di hotel sebelum azan zohor. Kemudian jemaah yang dah berihram menunaikan umrah. Since yang wajib kitorang dah buat, umrah kedua ni diniatkan umrah sunat atau umrah badal, which is buat untuk orang lain.

Alhamdulillah, umrah ni dapat kitorang selesaikan. Terima kasih Allah..

Kesian Mak..kepenatan tapi tetap layan kitorang nak bergambar
 Day 4 - 3 May

Hari Jumaat...memang takde apa-apa aktiviti yang disediakan hari ni sebab kalau nak gi Solat Jumaat kena gi awal. Kalau tak, nanti takde tempat.

Masjidil Haram lepas Subuh


View dari Tingkat 3 sementara menanti solat Maghrib

Jam besar depan pintu King Abdul Aziz. Petunjuk kalau sesat..huhu.

Thanx for reading..nanti kite sambung lagi.
Read More

Umrah Part 2 - Tingkat 2 Masjidil Haram

Wednesday 15 May 2013

Assalamualaikum...
Sambung baca dari Part 1

Day 2 - 1 May
Hari kedua kami di sini, tak ada apa-apa acara yang diatur oleh pihak agensi. Jadi, kitorang bebas nak buat aktiviti sendiri. Kitorang pun saja usha kedai-kedai yang ada kat sekitar hotel. Agak kagum sebab peniaga-peniaga Arab kat sini pandai berbahasa Melayu. Dengar slang Arab diorang ada masanya rasa nak gelak je. Saja aku usik kecek Kelate, diorang tengok aku pelik tapi cepat-cepat buat muka confident. Tapi kata Mak n Abah, banyak kedai tepi-tepi jalan dah dirobohkan sebab Mekah tengah renovation. Takpelah, yang ada ni pun aku dah rambang mata. Belilah sikit-sikit yang berkenan di hati. Oh, bytheway beg aku telah 'dikopakkan' oleh Mak. Yayyyy!!!

Macam-macam ada...

Erkkkk....

Memandangkan ada masa, kitorang decide untuk 'merasa' Tingkat 2 Masjidil Haram before Zohor. Cool...dapat tengok Kaabah dari atas. Sayu hati bila nampak Kaabah, bila lihat ramainya umat Islam beribadah bersama-sama tanpa mengira pangkat dan kewarganegaraan, bila kita sedar banyak sejarah perjuangan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dan Rasululllah s.a.w terukir di sini. Tapi satu pesanan Abah yang aku pegang. Jangan berdoa pada Kaabah, tapi berdoa pada Allah.

Banyak area under renovation

One thing about cuaca Mekah adalah ia lagi panas dari Malaysia. Tapi panas kat Tanah Arab, panas berangin, bukan panas lembap. Kalau berpeluh pun sekejap je dah kering. Dan sebab humidity level yang rendah, badan dan persekitaran kurang berbau. Mungkin kerana ketidakhadiran wap-wap air yang memerangkap bau dan menggalakkan pembiakan bakteria. Ewah, dah bunyi macam iklan Febreeze! 

Kat Masjidil Haram tong air zam zam ada di mana. Cawan pakai buang turut disediakan. Minum directly kat sini lain rasanya dari minum yang orang bawak balik ke Malaysia. Rasa air zam zam  agak masin  kerana tinggi kandungan mineralnya. Iyelah kan, air dari sumber bawah tanah. 

Meet my dearest Abah ('',)

Malam pun tak sejuk sangat, kitorang boleh makan aiskrim lagi.

Bab makan tak ada masalah sebab Hotel Mira ni ramai pekerja dari Indonesia. Bahan masakan pun pihak ArRayyan bawak dari Malaysia.So, memang kena dengan selera orang kita.

OK, nanti sambung lagi..thanx for reading

Read More

Umrah Part 1 - My First Time Naik Flight to Oversea

Tuesday 14 May 2013

Assalamualaikum semua!!! I'm back!!! Alhamdulillah, aku, Abah, Mak and adikku Ikah dah selamat kembali dari menunaikan umrah pada hari Sabtu, 11 Mei yang lepas. Serius best tak terkata..rasa tak puas 10 hari tu. So, untuk tatapan you olls semua, I olls akan kongsikan pengalaman buat umrah kali pertama ni...dari KL-Mekah-Madinah-KL balik. Ini Part 1, sebab catatan perjalanan kali ni panjang berjela, maka kita buat macam drama bersiri gitewww.

Perjalanan dimulakan usai Subuh Selasa 30 April. Abg.Ngah, Kak Long n Abg. Dollah yang antar kitorg ke Balai Berita Bangsar. Dalam kul 7 dah sampai, pastu naik bas yang disediakan untuk ke KLIA. Sampai KLIA, cari ahli-ahli rombongan yang lain, ambil boarding pass dan check-in luggage. Alhamdulillah..segala urusan dipermudahkan. So, sementara tunggu flight, kitorang pun bersiap-siap pakai ihram, solat sunat dan ambil tag dari petugas.


Flight kitorang berangkat kul 12 tengahari. FYI, aku adalah antara insan terpilih yang selalu 'mabuk' kalau naik kapal terbang. Tapi alhamdulillah, kali ni aku steady je dalam penerbangan yang hampir menelan 9 jam. Maybe long-distance ok kot? Hehe, anyway dalam flight aku tak buat apa pun melainkan tidur. Bila time makan aku makan smbl tengok video 'panduan umrah' yang disediakan kat tv comel kapal terbang.

Sampai je kat Airport Jeddah dah pukul 4 ptg. Means waktu kat sini 5 jam lewat dari waktu Malaysia. Urusan kat imigresen airport Jeddah takdelah semudah dan seramah di KLIA. Kecut je aku tengok pak Arab tu cop passport aku macam nak tak nak je. Tapi, alhamdulillah the entire Ar-Rayyan (nama travel agencies kitorang) group berjaya melepasi halangan awal ni dengan jayanya. Tapi yang lawaknya Ikah la, masa on the way ke arah bas yang kitorang naik dia bagi passport dia kat sorang 'pekerja airport' ni. Kononnya dia nak tolong kitorang cari bas tapi haru plak bila dok kena kejar dia nak dapatkan balik passport adik aku. So, moral of the story jangan bagi passport unless pada petugas di belakang kaunter. Okies???

Crowd at balai ketibaan

Masih boleh tersenyum lepas insiden 'passport dibawa lari'..Kena bebel ngan Mak pun budak kecik ni tak heran.

On the way ke Kota Mekah kitorang banyak tidur je. Mutawwif kitorang, Ustaz Ali pun memang biarkan kitorang rest. Only bila dah sampai Tanah Haram baru kitorang dikejutkan..Tanah Haram adalah kawasan di mana hanya orang Muslim je dibenarkan masuk. Perasaan aku masa ni jangan cakaplah kan...dok sengih je sambil baca talbiyah (bukan salbiah ye). Dan perasaan bila pertama kali nampak Masjidil Haram walaupun dari jauh tak dapat aku nak ulas dengan kata-kata. Subhanallah!!

Bandar Mekah di waktu malam

Kitorang pun sampai ke tempat penginapan kitorang, Hotel Mira Ajyad..dalam 200 meter dari Masjidil Haram. Lepas makan, kitorang pun check-in hotel. Aku diuji buat kali pertama di sini..bila beg aku tak boleh dibuka.  Family members lain pakai combination sama, tapi semua tak ada masalah. Hajat di hati nak salin baju dan tudung since dah berlengas dari KL terpaksa aku pendamkan. Aku tawakal je..ambil wuduk dan berkumpul bersama jemaah lain kat luar hotel. Waktu ni dah hampir pukul 10 malam.

Umrah yang first ni kitorang ikut Mutawwif, Ustaz Sufian. Alhamdulillah...tawaf dan sai'e berjalan lancar. Orang pun tak berapa bersesak-sesak. Hanya lepas kitorang selesai semua baru orang bertambah ramai.

Gara-gara keletihan, dan beg tak boleh dibuka..malam pertama aku di kota Mekah, aku tidur pakai jubah.

Bersambung..
Read More