Saturday, 24 September 2016

100 WISH List Before I Die.. - Part 1

Assalamualaikum semua. Aish, rindunya nak blogging! Al-kisah, aku telah ditag oleh Cik Huda dalam entry ini : 100 Wishlist

100 Wishlist..pergh, banyak giler! Bagi aku banyak, sebab aku adalah seketul manusia yang simple. Aku bukan high achiever, hidup asal tak menyusahkan orang dan dapat membahagiakan mereka-mereka yang penting dalam hidup aku, cukuplah. Tapi aku insan yang lemah, tetap ada nafsu. Dan nafsu aku (OK, tak semua sebab nafsu) ingin sekali mencapai target-target ini sebelum menghembus nafas terakhir.

  1. Kahwin
  2. Menunaikan haji
  3. Belanja satu family bercuti. And no one is left behind.
  4. Find the cure untuk sakit kaki Abah
  5. Ada rumah sendiri.
  6. Nak kulit yang cantik, flawless dan nampak muda 10 tahun. Kah kah
  7. Nak bola sepak Malaysia kembali power
  8. Nak tengok Malaysia menang Piala Thomas - again
  9. Nak tengok Liverpool menang Premier League. Sekali pun cukuplah. #26yearsago
  10. Tengok live match Liverpool kat Anfield.
  11. Tengok live match Euro or World Cup
  12. Tengok live match kat Vincente' Calderon
  13. Tour stadium kat Europe.
  14. Jumpa pemain-pemain bola legend. Tu pun kalau aku tak pengsan dulu.
  15. Naik bullet train kat Jepun
  16. Jadi seorang yang power bab memasak.
  17. Join humanitarian mission.
  18. Disneyland
  19. Belajar berenang. Sebab aku suka snorkelling
  20. Snorkelling kat Sipadan and Mabul
  21. Tengok bunga Rafflesia
  22. Tengok Taj Mahal
  23. Tengok Piramid
  24. Tengok Trevi Fountain kat Rome
  25. Naik gondola di Venice dengan centa hati
  26. Universal Studios Hollywood - Theme Park idaman.
  27. Universal Studios Orlando
  28. Main salji di Switzerland
  29. Melihat bangunan-bangunan bersejarah di Andalusia
  30. Naik cruise. Feeling Pisau Cukur sangat! 
  31. Lepak-lepak di Pantai Maldives
  32. Menyanyi diiringi live band. Feel tak sama ngan karaoke
  33. Belajar Photoshop
To be continued... Siapa rasa nak buat, silakanlah. Malas pulak nak tag orang. Hehe. Nak gak tau wishlist korang. Mana tau sama, boleh kita bergabung meletup menjayakan wishlist ye tak?

Till then..thanks for reading!



Thursday, 15 September 2016

Krabi Part 5

Selepas selesai bersuka-ria manda-manda, kami dibawa ke Tiger Cave pula. Katanya, Tiger Cave ni dapat nama sebab tapak kaki harimau pernah dijumpai dalam gua di situ. Kisah versi lain, sami kat situ pernah bela 2 ekor harimau untuk menjaga temple tersebut. Mana satu yang betul, tak tau lah plak aku. Yang penting jangan ada sebarang unsur mengaum mengganggu hakak dan rakan-rakan cukuplah ye.

Tiger Cave ni aku rasa termasuk dalam kategori diwajibkan singgah oleh Jabatan Pelancongan Thailand. Kalau ikut travel group, jangan beranganlah nak skip. Unless korang pergi sendiri, then up to you. Pendapat peribadi aku, asalkan akidah kau kuat, takde apa pun takat nak jengah dan bergambar. At the same time, hormat agama orang. Hati-hati bila posing, terutama dengan patung yang penganut agama terbabit anggap sacred. Kita hormat agama orang, orang hormat agama kita. Kot kalau tak faham gak, aku nak taruk audio surah Al-Kafirun. Huhu.

Kalau rajin, boleh panjat sampai ke atas. 1237 anak tangga. Kat puncak boleh tengok view Krabi dan ada monumen Buddha gergasi. Tapi aku tak laratlah nak panjat walaupun diberi masa lebih sejam kat situ.


Bila dah tak memanjat, kita jalan-jalan jelah. Sini banyak anjing tau.



Disebabkan boring tak tau nak buat apa, kitorang gi usha gerai kat luar kawasan temple. Nak order air ke makanan ke takut tak halal. So, order air kelapa ni jelah. Bagus pekedai dia sebab jujur. Nampak kitorang ni Islam, so dia tak suggest pun makanan or minuman yang dia jual. In fact, bila ada anjing datang kat meja kitorang, dia siap halaukan.


Tu pun redha tak dapat korek isi. Nak guna sudu kedai ni takut dah guna buat makan apa ntah, so dah jadi was was.

Pas habis jalan-jalan kat sini, diorang pun hantar kitorang balik ke hotel. Petang tu rest je kat bilik. Malam baru cari makan. Saja nak mengada, makan restoran mahal sikit so aku ajak la gi restoran seafood depan hotel ni.


Takdelah restoran mewah pun, since tempat duduk pun open air.



My verdict? Makanan dia sedap! Berbaloi harga mahal.

Pas makan, jalan-jalan usha kedai, beli souvenir. Tu jelah kot. Esok lagi best. Nanti hakak sambung cerita ye.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Sunday, 4 September 2016

Bulan Baru, Buku Baru

Assalamualaikum dan hai semua! Berakhir sudah bulan Ogos yang penuh drama. Kita sambung drama bulan September pulak. Kalau ada yang perasan, hujung bulan lepas aku dok meroyan pasal kerja kat Twitter. Gara-gara aku dipindahkan unit dan ada salah faham sikit masa proses rombakan tu. Sape dah kerja, taulah politik pekerjaan ni macamana. Tapi takpelah, aku profesional, dan aku tahu Allah ada perancangan yang lebih baik. Bukan senang nak ubah mentaliti orang dan kita pun tak boleh paksa orang ikut prinsip kita. In the end, masing-masing ada cara kerja sendiri. Yang penting rezeki halal, cukup time balik!

Lagipun buat apa stress, nanti naik jerawat ngan wrinkles. Baik hitung hari nak gi holiday! Badan aje kat sini, hati ngan jiwa dah kat mana-mana entah!

Sebelum aku melalut lebih jauh, meh kita tengok sape yang bakal menjadi my September Sweetheart berdasarkan 15 orang pengomen yang meninggalkan komen dengan banyak sekali macam dah takde hari esok. Mereka adalah:

1.Jari Manis
Blog : http://jarimanistravel.blogspot.my

2.Muhammad Khairuddin Lim
Blog: http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my

3. aRz MoHa
Blog : http://www.arzmoha.com

4.nhhas
Blog : http://hnr318.blogspot.my/

5.Siti Nurzafirah
Blog : http://miamorzafirah.blogspot.my

6. Zie Azi
Blog : http://jepunmari2.blogspot.com/

7.Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.my/

8. Scdha Sein
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.my/

9.raihanah
Blog : http://vitamin-cerdik.com/

10. Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.my/

11.  Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

12. Puan Kutu
Blog :  http://puankutu.blogspot.my/

13.SmBotak
Blog : http://bumibukansfera.blogspot.my/

14.Qaseh Vee
Blog :  http://harumankasehvee.blogspot.com
 
15.Hainom OKje
Blog : http://hainomokje.blogspot.my/

Yang tak tersenarai, jangan ingat aku tak appreciate dan tak menyinggah pulak ye. I olls sangat terharu dengan kehadiran u olls semua. Aku tau ramai yang  nak komen, tapi mungkin tetiba sel-sel otak tak berhubung. Adakah kerana entry aku yang entah apa-apa?  Aku faham kalau kalian tak faham, kerana asal wujud blog ini bukan untuk dipahamkan.. Hahaha, kau merepek apa ni Sal!

OKlah, dah banyak merapu ni. Nanti free time aku gi jalan-jalan blog korang ye. Thanks sudi singgah sini. Sayang korang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com